window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah?

Zamil Syaheer · Sep 25, 2021 08:00 PM

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 01

Bagi mereka yang cukup bernasib baik kerana dapat membeli kereta dalam keadaan pandemic ini, istilah seperti kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ atau kereta pengarah sering dilemparkan.

Kereta 'ex-demo’ boleh menjadi sebuah pembelian yang berbaloi-baloi kerana anda dapat menjimatkan wang yang banyak berbanding membeli sebuah kereta baru. Teruskan membaca jika anda ingin mengetahui lebih lanjut jika kereta ‘ex-demo’ sesuai untuk anda.

Kebaikan - Kereta sebegini lebih murah daripada membeli yang baru

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 02

Kereta yang di pandu uji oleh pelanggan akan dijual sebagai 'ex-demo'.

Kereta ‘ex-demo’ adalah unit demonstrasi yang biasanya diuji oleh bakal pelanggan di bilik pameran. Dalam proses itu, kereta ini akan menempuh jarak tempuh beberapa kilometer.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sering kali, kereta ‘ex-demo’ adalah model spesifikasi terbaik kerana penjual ingin meyakinkan pelanggan untuk mendapatkan varian tertinggi. Kereta ‘ex-demo’ spesifikasi pertengahan dan rendah jarang sekali digunakan sebagai unit pandu uji.

Untuk harga model spesifikasi rendah atau pertengahan baru, anda boleh mendapatkan model spesifikasi tinggi.

Kebaikan – Masih ada waranti sepenuhnya

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 01

Sesetengah unit yang dijual oleh Mazda Anshin masih lagi mempunyai waranti.

Berbanding membeli kereta terpakai yang mungkin atau tidak dilengkapi dengan waranti, kereta ‘ex-demo’ sering kali mempunyai waranti sepenuhnya, kerana usia kereta ‘ex-demo’ jauh lebih baru.

Contohnya Mazda Anshin. Kereta yang dijual oleh Mazda Anshin mempunyai perincian seperti ketika bila waranti berakhir, memudahkan calon pelanggan memahami syarat yang ditetapkan.

Keburukan – Mungkin tidak dijaga dengan rapi

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 02

Unit pandu uji kerap kali diparkir bawah sinaran cahaya matahari serta hujan.

Kereta ‘ex-demo’ sering kali diparkir di luar dan dibiarkan terdedah kepada cuaca, sama ada hujan atau panas terik. Kotoran burung juga boleh memberi kesan buruk pada cat kereta.

Selain daripada itu, kebanyakan pengedar kurang mengambil berat untuk menjaga kereta yang bukan milik mereka, terutamanya jika pengedar tersebut bukanlah jenis yang menjaga kualiti sepenuhnya. Kereta ‘ex-demo’ boleh disalahgunakan oleh pelanggan yang terlalu bersemangat, atau digunakan di acara roadshow di mana ribuan orang mungkin merosakkan bahagian dalam atau luar kereta dengan sengaja/tak sengaja.

Oleh itu, sangat penting untuk memeriksa bahagian dalam dan luaran untuk bahagian yang longgar atau mempunyai calar balar. Biasanya kereta ‘ex-demo’ ini akan dikemas kini serta dibaik pulih sebelum dijual, tetapi kami sarankan anda untuk meneliti segalanya dengan sebaik mungkin.

Anda juga dapat menggunakannya sebagai peluang untuk tawar-menawar harga.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 03

Kereta ‘ex-demo’ dari Jepun mempunyai jarak tempuh jauh lebih tinggi, kadangkala hampir setara dengan kereta terpakai. Malah, ada yang telah dipandu ke seluruh negeri di Malaysia (sebelum wabak Covid-19) untuk pelbagai acara roadshow.

Selain jarak tempuh yang lebih tinggi, sejarah kereta sebegini tidaklah mencurigakan seperti yang dijual oleh peniaga kereta terpakai di luar sana, jadi rasa tenanglah sikit.

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 04

Sebaliknya, kereta ‘ex-demo’ dari negara-negara Eropah pula selalunya mempunyai jarak tempuh jauh lebih rendah kerana pengedar sering menggantikan kereta demo mereka untuk menambah angka penjualan mereka.

Volkswagen Passat ini adalah salah satu contohnya. Jarak perjalanan kereta masih berada di tahap rendah, tetapi harganya jauh lebih menarik daripada unit baru yang berharga RM 189,012.

Apakah itu unit ‘pre-reg’?

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 05

Kereta pra-daftar, atau lebih dikenali sebagai ‘pre-reg’ adalah kereta yang didaftarkan ke pengedar untuk tujuan menaikkan angka penjualan mereka dan mencapai kuota tertentu.

Berbanding dengan kereta ‘ex-demo’ yang telah ‘dibelasah’ oleh pelanggan, kereta ‘pre-reg’ selalunya macam sebuah kereta baru, kadangkala dengan jarak tempuh tiga digit atau hampir dengan jarak tempuh sifar. Tambahan, kereta ‘pre-reg’ jauh lebih murah daripada kereta baru.

Baloi ke beli kereta 'pre-reg'?

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 06

Jika anda dapat memperoleh contoh jarak tempuh sifar (tidak termasuk jarak tempuh penghantaran), memang berbaloi-baloi untuk dibeli.

Namun, berhati-hatilah dengan kadar faedah yang tinggi. Selalunya, agak mudah untuk anda mendapatkan kadar pembiayaan kereta baru bagi kereta ‘pre-reg’ berusia 6 bulan, tetapi ini berbeza dari bank ke bank. Sebaiknya periksa dengan bank anda sebelum menandatangani dokumen pinjaman / sewa beli itu.

Mana satu anda patut beli?

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 07

Ini semua bergantung kepada anda. Sekiranya anda sudah pasti 100% untuk membeli kereta ‘pre-reg' atau ‘ex-demo’, mana-mana antara ini adalah pembelian yang baik.

Bergantung pada pengedar, mereka mungkin atau tidak akan mengiklankan kereta ‘ex-demo’ atau ‘pre-reg’, jadi terserah anda untuk kaji selidik. Hampir semua jenama kereta utama di Malaysia menawarkan kereta ‘pre-reg’ atau ‘ex-demo’ untuk dijual, jadi lebih baik anda berjumpa dengan pengedar masing-masing untuk mengetahui lebih lanjut.

Baloi tak kalau nak beli kereta ‘ex-demo’, kereta ‘company’ lama, atau kereta pengarah? 08

Kerumitan untuk membeli kereta ‘ex-demo’ adalah antara membeli kereta baru dan kereta terpakai biasa. Berbanding dengan kereta terpakai biasa, pembelian kereta ‘ex-demo’ jauh lebih mudah dan telus, tetapi tidak mudah seperti membeli yang baru.

Dengan jumlah penjimatan yang dapat anda nikmati dengan memilih kereta ‘ex-demo’ atau ‘pre-reg’, usaha itu lebih berbaloi.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda