window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia

Faisal ยท Jun 29, 2023 02:00 PM

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 01

Setelah bertahun Mercedes-Benz A-Class Sedan (V177) beransur di Malaysia, tibalah giliran model facelift untuk tembus pasaran kita. Apapun, harganya menyaksikan kenaikan sebanyak RM 3,000 untuk A200 dan RM 4,000 untuk A250, masing-masing kini pada RM 238,300 dan anggaran RM 264,000 (kekal CKD dari Pekan, Pahang). Jadi, apa yang baru?

Trenkuasa: A200 kekal sama, A250 kini dengan hybrid sederhana MHEV + AWD

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 02

A250 facelift diperbaharui dengan ciri pacuan semua roda 4Matic dan enjinnya kini ada belt starter generator (RSG) 14 PS di mana ia berupaya menghidupkan enjin dengan lebih lancar dalam pemanduan gerak berhenti. Penjimatan petrol juga dapat dipertingkatkan lagi memandangkan sistem hybrid sederhana (MHEV) 48V yang dilengkapkan membenarkan enjin untuk dimatikan sewaktu melahu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 01

A200 pula sama seperti sebelum ini di mana ia kekal dengan enjin 1.3L turbo (163 PS, 270 Nm) yang digandingkan dengan transmisi DCT 7 kelajuan untuk menghantar kuasa ke roda depan.

Interior: Tiada lagi pad sentuh, sistem operasi baru & roda stereng lagi moden

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 02

Masuk ke bahagian dalam, perbezaan yang terus dapat dilihat ialah pad sentuh di konsol tengah sudah diganti dengan ruang meletak barang dan di kawasan sama, terdapat pengesan cap jari.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 03

Selain itu, A-Class Sedan facelift turut memperlihatkan roda stereng baru dan A200 kini sudah ada ciri ambient lighting.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 04

Ada sedikit perbezaan dari segi ikon.

Berkenaan infotainment 10.25 inci kembar pula, ia kini diperbaharui dengan perisian MBUX terkini (NTG 7) dan penambahbaikan teknologi yang diberi turut menyaksikan sokongan nirwayar buat Apple CarPlay/Android Auto, penambahan 1 lagi port USB (semua kini jenis pengecas pantas) dan ikon grafik yang lebih moden.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 05

Untuk tempat duduk pula, bahagian penumpang depan kini mendapat pelaras jenis elektrik.

Eksterior: Wajah diberi kemaskini kecil, rim baru untuk A200

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 06

Untuk bahagian luar, A-Class Sedan facelift menampilkan sentuhan โ€˜Powerbumpโ€™ pada bahagian hud dan kalau anda perasan, lampu DRL LED dia juga adalah baharu di mana nyalaannya kini hanya pada bahagian โ€˜bulu mataโ€™, bukan lagi sampai ke bawah macam bentuk huruf L sebelum ini.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 07

Bampar depan A200 pula dikemaskini dengan intake lebih besar dan penerapan trim krom pada bahagian tengah. Rimnya pula diturunkan kepada 17 inci daripada 18 inci sebelum ini untuk pemanduan yang lebih selesa.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 08

Untuk A250, terdapat pembaharuan pada bahagian lidah bampar depan dan grilnya juga ada sedikit kemaskini.

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 09

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 10

Bahagian belakang pula diperbaharui dengan grafik lampu yang lebih moden.

Konklusi

Baru vs Lama: Inilah perbezaan Mercedes-Benz A-Class Sedan 2023 model facelift (V177) di Malaysia 11

Jadi, itulah ciri atau sentuhan baharu pada A-Class Sedan facelift dan tipikal untuk kemaskini pertengahan generasi, Mercedes kelas permulaan ini hadir dengan pembaharuan yang evolusi dan ia selari dengan lonjakan harga yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia.

Juga bacaMalaysia lancar Mercedes-Benz A200, A250 2023 Sedan facelift: dari RM 238k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Mercedes-Benz A-Class Sedan A200 Progressive Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda