window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli?

Mersita · May 20, 2023 02:00 PM

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 01

Proton X90 2023 yang dinanti-nantikan baru saja dilancarkan. SUV 3 barisan dan model mild-hybrid (MHEV) pertama jenama Harimau Malaya ini menawarkan tetapan tempat duduk yang tidak terlihat pada model asasnya iaitu Geely Haoyue/Okavango.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 02

X90 boleh didapati dalam bentuk varian 6 atau 7 tempat duduk. Bagaimanapun, varian 6 tempat duduk hanya didatangkan dalam varian tertinggi iaitu Flagship. Tiga varian lain pula menawarkan susun-atur 7 tempat duduk. Senarai harga varian Proton X90 2023 adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • X90 Standard – RM 123,800
  • X90 Executive – RM 130,800
  • X90 Premium – RM 144,800
  • X90 Flagship – RM 152,800

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 01

Jika anda berminat untuk membeli model terbaru dari Proton ini, kami sarankan anda untuk memilih antara dua varian tertinggi (Premium atau Flagship) memandangkan kedua-duanya disertakan dengan suite ADAS lengkap yang merangkumi:

  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Intelligent Cruise Control (ICC, works from 0 to 150 km/h)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Traffic Sign Information (TSI)
  • Intelligent High Beam Control (IHBC)

Juga baca: Proton X90 mantap dalam aspek keselamatan, skor 5-bintang dalam penarafan ASEAN NCAP

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 02

Kedua-dua varian Premium dan Flagship ini juga dilengkapi dengan Auto Park Assist bagi membantu pemandu memarkir SUV segmen D bersaiz besar ini di ruang sempit.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 03

Soalan untuk varian Proton X90 2023 paling berbaloi dah terjawab, namun bagaimana pula dengan jumlah tempat duduk? Adakah anda patut beli X90 6 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Memandangkan kami dah ‘cuba try test’ kedua-dua varian ini ketika berlangsung pelancarannya dan acara ‘media drive’, kami dapati terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bagi kedua-dua konfigurasi tempat duduk ini.

Juga baca: Malaysia lancar Proton X90 - dari RM 124k, 6/7 penumpang, 1.5L TGDi MHEV, 4 varian

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 04

Kami mulakan dengan varian lebih murah terlebih dahulu, iaitu varian 7 tempat duduk. Di barisan tengah, anda disambut dengan ‘bench seat’ dan ini membolehkan tiga penumpang dewasa duduk dengan selesa. Jika hanya ada dua penumpang, ruangnya lebih luas dan anda boleh luruskan kaki dengan lebih selesa memandangkan kerusinya lebar.

Juga baca: Rebiu: Ulasan pengulas di Filipina tentang Geely Okavango (Proton X90) - bagus atau hambar?

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 05

Sarung kulit Nappa merupakan standard bagi varian Premium dan Flagship

Bagaimanapun, penumpang lain yang hendak masuk ke barisan ketiga mungkin berdepan sedikit masalah memandangkan ruang untuk masuk ke barisan belakang agak sempit. Tempat duduk barisan ketiga agak luas untuk dua orang penumpang dewasa, namun dalam perjalanan jauh, ia mungkin lebih selesa untuk penumpang dewasa bertubuh kecil ataupun kanak-kanak. Anak kecil juga perlu dibantu untuk keluar-masuk barisan paling belakang ini kerana kerusi di hadapan perlu dilipat terlebih dahulu.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 06

Memandangkan varian 7 tempat duduk mungkin leceh sedikit, dari aspek inilah terbuktinya kelebihan varian 6 tempat duduk. Dengan dua ‘captain seats’ di barisan tengah, adalah lebih mudah untuk semua penumpang yang duduk di belakang untuk keluar dan masuk kereta kerana ada ruang di antara kedua-dua kerusi tengah ini. Ia juga memudahkan kanak-kanak keluar-masuk barisan belakang tanpa perlu dibantu oleh pemandu atau orang dewasa.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 07

Walaupun ‘captain seats’ dalam varian 6 tempat duduk nampak elegan, malangnya ia tidak seselesa ‘bench seat’ dalam varian 7 tempat duduk terutama sekali dalam aspek sokongan bawah peha. Malah, ‘captain seats’ ini serupa dengan tempat duduk di hadapan dari segi keselesaan kaki.

Memandangkan bahagian bawah kerusi yang menyokong peha penumpang tidak begitu memuaskan, penumpang mungkin akan berasa kurang selesa dalaam perjalanan jauh. Selain itu, ‘captain seats’ ini juga boleh jadi terlalu sempit jika anda berbadan lebar.

Juga baca: 4 ciri eksklusif Proton X90 yang tiada langsung pada model penderma Geely Haoyue

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 08

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 09

Apa-apa pun, antara varian Flagship 6 tempat duduk dan Premium 7 tempat duduk, kelengkapannya lebih kurang sama – melainkan ketiadaan bumbung suria panoramik dan suis ‘boss’ bagi penumpang hadapan pada varian Premium.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 10

Kesimpulannya? Kami sarankan anda beli X90 varian 7 tempat duduk jika anda selalunya membawa penumpang dewasa. Varian 6 tempat duduk pula lebih sesuai bagi mereka yang kerap menggunakan tempat duduk paling belakang, misalnya untuk kanak-kanak.

7 atau 6 tempat duduk - Proton X90 2023 yang mana patut anda beli? 11

Semua varian X90 dikuasakan oleh sistem mild-hybrid (MHEV) yang menggandingkan enjin petrol 1.5 liter 3 silinder berpengecas turbo dengan ‘starter generator’ jenis ‘belt’ 48V. Sistem ini menjana output tergabung 190 PS dan 300 Nm, dipadankan dengan gear automatik DCT 7 kelajuan.

@wapcar_zamil Amacam, nak beli ke, atau baik beli... #learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #proton #protonx90 #x90 #wapcar ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Nak tahu lebih lanjut? Nantikan review penuh Proton X90 dari kami tak lama lagi.

Juga baca: Rebiu: Pandangan pertama & uji pandu Proton X90 2023 di Malaysia; kami nak kata mantap, tapi...

@wapcar_zamil Wow, baiknya Proton bagi macam-macam kepada bakal pemilik X90! Amacam, menarik tak?#learnontiktok #carmalaysia #fypmalaysia #tahukahanda #malaysia #proton #protonx90 #x90 #wapcar ♬ original sound - Zamil_WapCar.my

Rumusan:

  • Beli X90 7 tempat duduk jika penumpang anda kebanyakannya orang dewasa
  • Beli X90 6 tempat duduk jika anda selalunya membawa kanak-kanak kerana lebih mudah bagi mereka untuk keluar-masuk tempat duduk barisan ketiga iaitu di belakang sekali.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda