window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'!

Khairil · Mar 17, 2023 02:00 PM

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 01

Beam Mobility, syarikat pengendali perhidmatan mikromobiliti terbesar Asia Pasifik membuka gudang utamanya 'Central Warehouse' di Subang Jaya yang berfungsi sebagai pusat pengedaran, baik pulih dan penyelidikan perkakasan untuk Beam Malaysia.

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 02

Berkeluasan 8,000 kaki persegi, 'Central Warehouse' itu dibuka Beam Mobility bagi menampung perkembangannya dan keperluan operasi syarikat itu di Malaysia khususnya di Selangor. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menerusi pembukaan 'Central Warehouse', Beam berharap ia dapat menjamin bekalan yang stabil bagi bateri-bateri bercas penuh serta penyelenggaraan perkakasan bagi kenderaan yang berada dalam operasinya.

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 01

Selain itu, 'Central Warehouse' juga akan memainkan peranan yang penting dalam jaringan gudang sedia ada milik Beam dan turut menjadi hab bagi menerima penghantaran dari luar negara dan bagi penghantaran alat ganti ke gudang-gudang Beam yang lain di seluruh Malaysia.

Sebagai info, Beam turut menjalankan operasinya di bandar-bandar utama Malaysia yang termasuk Kuala Lumpur, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Shah Alam, Kuantan dan Langkawi.

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 02

Menurut Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew, pembukaan 'Central Warehouse' membuktikan komitmen Beam untuk terus melabur di Malaysia. 

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 03

"Menerusinya, kami akan memiliki rantaian bekalan yang efisien bagi perkhidmatan Beam di samping terus mencipta aneka peluang pekerjaan, khususnya dalam ekonomi sambilan negara. Kami ingin meluaskan lagi operasi Beam dan terus memberi khidmat kepada warga Malaysia menerusi kaedah pengangkutan alternatif yang boleh mereka yakini."

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 04

Secara purata, 'Central Warehouse' diunjurkan berupaya melakukan servis terhadap 30 buah e-skuter Beam sehari. Justeru, ia akan memastikan e-skuter Beam sentiasa berada dalam kondisi yang baik dan selamat untuk digunakan. 

Untuk makluman, setiap e-skuter didatangkan bersama aneka teknologi serba inovatif yang memerlukan penyelenggaraan secara berkala bagi menjamin tahap keselamatan tertinggi.

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 05

Setiap e-skuter Beam didatangkan bersama peranti penjejakan GPS IoT dan sebuah sistem khas untuk membolehkan Beam memantau kenderaan berkenaan, yang akan menggera pasukan Beam jika ia perlu dibawa pulang ke gudang tersebut untuk diselenggara. 

Beam Malaysia buka pusat pengedaran, baik pulih, penyelidikan perkakasan 'Central Warehouse'! 06

Peranti IoT ini membolehkan Beam mengenalpasti e-skuter mana yang memerlukan perhatian, lokasinya, serta memberi keupayaan untuk menyahaktifkan ketersediaan e-skuter berkenaan melalui aplikasi Beam.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda