window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500

Khairil ยท Feb 10, 2021 07:00 PM

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 01

Selepas penampilannya secara global tahun lalu, jentera kembara ikonik BMW Motorrad, BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' akhirnya tiba di Malaysia dengan harga ditawarkan RM 85,500.

Motosikal edisi istimewa sempena 40 tahun pengenalan model berkenaan itu dikatakan mampu menawarkan tunggangan bertaraf premium selain turut dibekalkan dengan pelbagai spesifikasi ekslusif sebagai standard.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antaranya ialah teknologi ABS Pro dan sistem Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control) bagi meningkatkan lagi aspek keselamatan ketika membrek dan pecutan.

Bagi mendapatkan kepuasan tunggangan yang maksimum, turut didatangkan pada jentera unik ini adalah Riding Modes Pro yang menawarkan Kawalan Brek Enjin Dinamik (Dynamic Engine Brake Control) dan Shift Assistant Pro, empat mod tunggangan, Comfort, Touring, Dynamic dan Active yang boleh diakses melalui sisi bar hendal sebelah kanan.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem Pelarasan Suspensi Elektronik Dinamik (Dynamic Electronic Suspension Adjustment) yang terkini.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 01

Dengan pelbagai teknologi berkenaan, ia dikatakan berupaya memberikan prestasi tunggangan yang tiada tandingan di selekoh dan di pelbagai jenis permukaan jalan.

Untuk meningkatkan lagi penampilan jentera edisi terhad ini terutama dari sudut kosmetik, ia hadir dengan pilihan warna ekslusif Black Storm Metallic, grafik dengan logo GS di bahagian tepi, rim teranod dalam warna emas serta rekaan  pelitup radiator GS yang istimewa.

Selain itu, bahagian lampu depannya turut didatangkan dengan DRL (Daytime Riding Light)  sebagai standard, dan ia dipadankan dengan lampu depan dan indikator LED.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 02

Dari sudut spesifikasi mekanikal, BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' menggunakan enjin bersesaran 853 cc, 4 Injap, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang dipadankan dengan kotak gear 6 Kelajuan.

Justeru, ia berupaya menghasilkan dengan 95 Hp pada 8,250 rpm dan tork maksimum 92 Nm pada 6,250 rpm.

BMW Motorrad mendakwa, sekalipun ia mempunyai tenaga tork yang luar biasa, penggunaan bahan apinya masih lagi rendah.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 03

Selain itu, panel instrumen motosikal ini didatangkan dengan skrin TFT 6.5 inci yang dapat dilihat dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang sukar selain fungsi ‘Connectivity’ datang secara standard.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 04

Direka untuk peminat jentera yang gemarkan tunggangan jarak jauh, fungsi bantuan jelajah juga disediakan menerusi teknologi 'Cruise Control' selain hadir dengan navigasi peranti GPS. Antara ciri-ciri lain juga adalah ia didatangkan dengan fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), serta sistem pemantauan tekanan tayar (RDC) juga datang sebagai standard.

BMW F 850 GS 'Edisi 40 Tahun' tiba di Malaysia, harga RM 85,500 05

Selain tiba dengan harga RM 85,500 (tanpa insuran), ia juga tampil dengan pakej menarik waranti selama 3 tahun beserta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia.

Kepada yang berminat, jentera boleh didapati di semua wakil pengedar sah BMW Motorrad di seluruh negara bermula hari ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda