window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW Malaysia memperkenalkan perkhidmatan Door-to-Door yang baru

Faisal · Aug 6, 2020 04:00 PM

BMW Malaysia memperkenalkan perkhidmatan Door-to-Door yang baru 01

BMW Group Malaysia mempunyai perkhidmatan baru untuk semua pemilik kereta BMW dan MINI!. Ia dipanggil perkhidmatan Door-to-Door, dimana kakitangan BMW akan mengambil kereta anda untuk diservis dan menghantarnya di lokasi pilihan anda setelah siap diservis.

Perkhidmatan Door-to-Door yang baru ini adalah kerjasama dengan Allianz Worldwide Partners. Ia juga merupakan sebahagian daripada rancangan kumpulan tersebut bagi meningkatkan pengalaman pemilikan BMW yang premium.

Pelanggan BMW dan MINI di seluruh negara layak menggunakan perkhidmatan baru ini. Mereka hanya perlu membuat permohonan dengan pengedar pilihan mereka dan penyelia perkhidmatan BMW akan tiba di depan pintu mereka untuk mengambil kenderaan dan membawanya ke wakil penjual yang dipilih untuk diservis.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kelebihan utama perkhidmatan baru ini ialah pemilik boleh memilih lokasi lain yang memudahkan setelah mereka meninggalkan lokasi pengambilan.

Perkhidmatan ini tidak terhad kepada servis kenderaan BMW dan MINI, malah pemilik kereta baru juga boleh merancang penghantaran kereta baru mereka secara langsung dari wakil penjual pilihan mereka. Kenderaan baru akan dimuatkan ke trak tunda rata untuk dihantar ke lokasi pemilik.

Perkhidmatan Door-to-Door ini mengamalkan langkah-langkah keselamatan Covid-19. Log masuk ke laman sesawang perkhidmatan baru Door-to-Door untuk maklumat lanjut!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda