window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki?

Faisal · Aug 21, 2021 12:00 PM

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 01

Sewaktu BMW X6 generasi E71 membuat debut pada tahun 2007, satu dunia begitu terpegun dengannya kerana tidak pernah lagi SUV direka dengan elemen ala coupe. Antara unsur unik berbanding SUV lain ketika itu adalah reka bentuk bumbung belakang yang landai.

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 02

Mercedes-Benz pun nak tiru.

Disebabkan begitu menarik, SUV ala coupe ini telah mencipta fenomena baru sehinggalah menjadi satu ikutan yang dapat dilihat pada crossover hari ini.

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadi dengan harga yang telah susut sehingga bawah RM 80k, adakah ia SUV mewah terpakai yang berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat dengan lebih mendalam.

BMW X6 E71 terpakai varian mana yang paling bagus?

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 01

BMW X6 E71 pra-facelift.

Dilancarkan di Malaysia pada tahun 2008 dengan harga RM 698,000, SUV ala coupe yang pertama di dunia ini ditawarkan dengan enjin N54B30 3.0L twin-turbo 6 silinder sebaris (306 PS, 400 Nm tork). Ia dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan.

Tidak cukup dengan itu, BMW X6 juga lengkap dengan sistem pacuan semua roda xDrive dan differential belakang jenis torque vectoring yang dikenali sebagai Dynamic Performance Control (DPC).

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 02

BMW X6 E71 facelift (LCI).

Pada tahun 2012, model facelift (LCI) dirasmikan ke Malaysia dengan harga yang sama. Selain perubahan kosmetik, BMW X6 facelift juga diperbaharui dengan enjin N55B30 3.0L turbo 6 silinder sebaris (306 PS, 400 Nm tork). Di samping itu, ia dinaik taraf dengan transmisi automatik 8 kelajuan.

Enjin diesel pun ada tetapi ia tidak dibawa masuk ke pasaran kita. Oleh itu, kami akan meletakkan fokus pada varian xDrive35i sahaja.

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 03

Dalam pasaran sekarang, harga BMW X6 E71 pra-facelift tahun 2008 berada dalam lingkungan RM 80k sahaja. Kalau ada bajet lebih, model facelift yang kini berharga sekitar RM 140k pun boleh anda miliki. Sejujurnya, kami akan beli yang lebih murah.

Lagipun, output enjin masih sama. Walaupun ada transmisi baru, harga model facelift sebenarnya berbeza hampir dua kali ganda. Jurang harga sebanyak itu untuk penambahan dua gear semata-mata? Hmm.

Enjin BMW X6 E71
Model/Enjin Output Transmisi

Pra-facelift
N54B30
twin-turbo

306 PS, 400 Nm 6AT
Facelift
N55B30
turbo
(twin scroll)
306 PS, 400 Nm 8AT

Mampukah anda membela sebuah BMW X6 E71?

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 04

Untuk gambaran yang lebih tepat, kami telah merujuk pakar BMW dari pemilik M Dynamic Auto Care sendiri, iaitu Encik Lai.

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 05

Yang menariknya, kos penjagaan BMW X6 generasi pertama ini sebenarnya tidaklah mahal sangat. Untuk maklumat anda. servis biasa hanya memakan kos sekitar RM 550. Penukaran pad brek untuk satu set pula berharga dalam lingkungan RM 1,250. Spark plug yang kebiasaannya diganti setelah melepasi perbatuan 100,000 km pula hanya memakan kos sekitar RM 650.

Kos pemilikan BMW X6 E71
Roadtax (RM) 1,640
Servis 10,000 km (RM) 550
Spark plug (6 biji) 650
Tayar/biji (RM) 1,300
Saiz tayar 255/50 R19
Pad brek/set (RM) 1,250

Apa isu umum yang perlu anda teliti?

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 06

Enjin N54B30 twin-turbo.

Menurut Encik Lai, transmisi dan suspensi untuk kedua-dua model facelift dan sebelumnya tidak mempunyai sebarang masalah. Cuma aspek enjin sahaja yang perlu dititik beratkan.

Di sinilah enjin N54 dan N55 berbeza. Misalnya, sistem vakum, direct injector, dan high pressure fuel pump (HPFP) pada enjin N54 boleh meragam.

Isu umum buat enjin N54B30
Item Kos (RM)
Sistem vakum 800
Direct injector/satu 1,800
High pressure
fuel pump
2,500

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 07

Enjin N55B30 turbo twin-scroll.

Untuk enjin N55 yang didatangkan pada model facelift pula, ia hanya berhadapan dengan masalah kebocoran minyak dalam sistem VANOS yang dilengkapkan. Mengenai isu ini, BMW Malaysia sebenarnya ada buat recall.

Oleh itu, untuk anda yang berminat dengan model facelift, periksa terlebih dahulu samada panggil semula ini sudah dibuat atau tidak.

Konklusi

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 08

SUV secara umumnya datang dengan gaya yang cukup konvensional tetapi BMW X6 telah buktikan bahawa SUV juga layak mendapat imej yang menarik. Menariknya, kos untuk membelanya tidaklah cecik darah sangat.

BMW X6 E71 berusia 12 tahun, RM 80k macam harga Vios baru, tapi apa kena baiki? 09

Ditambah pula dengan harga kini yang lebih kurang Toyota Vios baharu sahaja, BMW X6 E71 terpakai boleh menjadi satu pembelian yang cukup istimewa buat anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 BMW X6 M

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda