window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Buruh Bangladesh maut pandu Toyota Hilux langgar lori, empat cedera

Mersita ยท Mar 29, 2021 06:00 PM

Buruh Bangladesh maut pandu Toyota Hilux langgar lori, empat cedera 01

Seorang lelaki warga Bangladesh maut apabila Toyota Hilux yang dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Gajah Puteh pada kira-kira jam 10.10 pagi pada Ahad (28 Mac). Tiga rakannya pula cedera manakala pemandu lori warga tempatan berusia 20-an mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata mangsa maut yang memandu Hilux tersebut dikenali sebagai Babul Mahmud berusia 30-an manakala identiti mangsa lain masih disiasat.

Buruh Bangladesh maut pandu Toyota Hilux langgar lori, empat cedera 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mangsa maut akibat cedera parah di kepala manakala rakan-rakannya mengalami kecederaan dalaman.

"Siasatan awal mendapati, kenderaan pacuan empat roda dipandu mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang tiga menyebabkan sebuah lori yang melalui jalan itu tidak sempat mengelak sehingga berlaku pelanggaran sebelum kedua-duanya terbabas,"

Buruh Bangladesh maut pandu Toyota Hilux langgar lori, empat cedera 01

"Setakat ini, maklumat yang kita dapat, mereka bekerja sebagai buruh di Kuala Lumpur, sesiapa yang mempunyai maklumat, sila tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung mangsa terlibat diminta menghubungi Inspektor Mohd Hilmi Sauti di talian 044695222 sambungan 234.

Buruh Bangladesh maut pandu Toyota Hilux langgar lori, empat cedera 02

Mangsa maut dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber berita: Sinar Harian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda