window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan?

Haris · Oct 1, 2022 10:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu BYD Atto 3?

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 01

BYD Atto 3 ialah sebuah crossover/SUV semua elektrik yang bersaiz sekitar Nissan Leaf atau Mazda CX-30, lebih besar sedikit daripada Honda HR-V atau Proton X50 tetapi lebih kecil daripada Honda CR-V.

Ia berukuran 4,455 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,615 mm tinggi, dan mempunyai jarak roda 2,720 mm.

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 02

Sebagai rujukan, berikut adalah perbandingan saiz berbanding SUV popular di Malaysia:

Perbandingan saiz
Dimensi Atto 3 X50 CX-5
Panjang (mm) 4,455 4,330 4,550
Lebar (mm) 1,875 1,800 1,840
Tinggi (mm) 1,615 1,609 1,675
Jarak Roda (mm) 2,720 2,600 2,700

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 03

Ia dikuasakan oleh motor elektrik yang dipasang di hadapan dengan 204 PS/310 Nm, cukup untuk memecut BYD Atto 3 dari 0-100 km/j dalam 7.3 saat.

Pasaran paling dekat adalah di Australia, di mana BYD Atto 3 boleh didapati dalam dua pilihan - Standard Range dan Extended Range.

  • Standard Range: Kapasiti bateri 49.92 kWj, jarak tempoh di bawah ujian WLTP sejauh 345 km
  • Extended Range: Kapasiti bateri 60.48 kWj, jarak tempoh di bawah ujian WLTP sejauh 420 km

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 04

Dari segi pengecasan, pengecas terbina dalam membenarkan pengecasan AC sehingga 7 kW untuk kedua-dua Standard Range dan Extended Range. Pengecasan pantas DC untuk Standard Range dinilai pada 70 kW manakala Extended Range menerima sehingga 80 kW.

Ia juga mempunyai fungsi Vehicle to Load (V2L) yang membenarkan SUV ini mengecas perkakasan elektrik lain, menjadikannya bank kuasa mudah alih.

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 05

Senarai ciri kelengkapan termasuklah bumbung suria panoramik, pintu belakang kuasa, panel instrumen digital 5-inci, sistem infotainmen skrin sesentuh 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay/Android Auto, pencahayaan ambien dan pad pengecas nirwayar.

Ia mempunyai set lengkap ADAS dengan AEB, LKA, RCTA, BSM dan ACC dengan fungsi stop-go (semua kelajuan). Terdapat juga kamera pandangan 360 darjah dan 7 beg udara.

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 06

Bagi harga di Australia, BYD Atto 3 berharga dari AUD 44,990 (sekitar RM 136k) untuk varian Standard Range dan AUD 47,990 (sekitar RM 146k) untuk Extended Range sebelum sebarang insentif pemilikan kenderaan elektrik (EV) di sana.

Baca: RM 378 juta akan dilaburkan dalam kilang pemasangan tempatan (CKD) BYD di Thailand

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 07

Di China, BYD Atto 3 dikenali sebagai BYD Yuan Plus dan berharga daripada CNY 144,274 (sekitar RM 93k) untuk versi Standard Range dan CNY 154,274 (sekitar RM 99k) untuk versi Extended Range.

Sebagai perbandingan, varian Geely Binyue (Proton X50) yang paling popular dijual pada harga CNY 119,800 (sekitar RM 77k).

BYD Atto 3 sah ke Malaysia - pesaing Smart #1, ini spesifikasi yang mungkin ditawarkan? 08

Kilang pengeluaran BYD Atto 3 berspesifikasi Malaysia masih belum didedahkan tetapi model kumpulan awal boleh diimport (CBU) dari China sebelum kilang pengeluaran yang akan datang di Thailand bermula.

Baca: Spyshot: BYD Atto 3 diintip di Thailand, EV ini menyusul ke Malaysia di bawah Sime Darby?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia