window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum?

Mersita · Aug 10, 2020 08:00 PM

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 01

Memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menunggu ‘lampu hijau’ dari Kementerian berkaitan kuatkuasa penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, semakin ramai ibubapa yang bergegas membeli kerusi keselamatan untuk kereta bagi mengelakkan disaman kelak. Tapi, ramai juga yang mencari kerusi terpakai di kedai-kedai bundle atau mendapatkannya dari ahli keluarga dan rakan-rakan.

Tapi, tahukah anda kerusi keselamatan kanak-kanak ini ada tarikh luputnya?

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 02

Betul, tak tipu, semua kereta keselamatan kanak-kanak untuk kereta ada tarikh luput atau jangka-hayatnya. Ada banyak faktor yang menyumbang kepada hal ini dan anda perlu pasrah dengan kenyataan yang bila tiba masanya, kerusi tersebut terpaksa dibuang jua.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ingat, ini bukanlah taktik pengilang untuk memaksa anda berbelanja lebih bagi kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru setiap beberapa tahun. Ada sebab-sebab teknikalnya yang anda perlu tahu.

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 01

Berapa lamakah jangka-hayat kerusi keselamatan kanak-kanak untuk kereta?

Kerusi kereta kanak-kanak biasanya mempunyai jangka-hayat 6 ke 10 tahun dari tarikh pengilangannya. Setiap kerusi kereta kanak-kanak wajib diberi stiker bernombor siri yang menyatakan tarikh pengilangan dan tarikh luputnya.

Kalau nak cari stiker ini, periksa di sekitar bahagian sisi atau belakang kerusi. Kadang-kadang ia dilekat di bawah kerusi, oleh itu kenalah rajin terbalikkan kerusi ini untuk cari stiker tersebut.

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 02

Apakah faktor-faktor yang menentukan jangka-hayat kerusi keselamatan kanak-kanak?

Teknologi yang dinaik-taraf

Semakin lama semakin banyak teknologi baru yang diperkenalkan. Pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak acapkali menaiktaraf rekaan mereka untuk meningkatkan tahap keselamatan produk mereka. Kerusi keselamatan yang diwarisi daripada keluarga atau rakan barangkali lebih murah atau percuma terus, tapi ia tiada aspek dan teknologi keselamatan yang terkini.

Tambahan pula, kerusi keselamatan kanak-kanak yang terpakai mungkin tiada bahagian asal yang didatangkan sekali semasa ia baru dibeli. Perkara ini sering terjadi apabila kerusi ini dijual di kedai-kedai bundle atau terpakai. Ia sama seperti membeli alatganti kereta. Beranikah anda pasang alatganti yang tidak tulen pada kereta anda?

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 03

Standard yang berubah-ubah

Dengan teknologi baru, muncul jugalah standard atau tetapan keselamatan yang baru. Undang-undang bagi kerusi keselamatan kanak-kanak berubah-ubah dari masa ke semasa. Jika undang-undang dan tetapan keselamatan berubah, kerusi lama anda dah tak boleh pakai. Tarikh luput ini akan memastikan anda sentiasa menggunakan tahap keselamatan yang tinggi dengan naiktaraf yang terkini.

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 04

Kerosakan kecil di beberapa bahagian

Sama seperti produk-produk lain yang anda sering beli, kualitinya akan menurun setelah sekian lama digunakan. Kerusi kereta selalunya diperbuat daripada plastik. Tak kisahlah betapa berkualitinya plastik yang digunakan oleh pengilang, ia masih akan reput atau rosak lama-kelamaan.

Perkara ini sangat relevan di Malaysia dimana kereta sering ditinggalkan di bawah terik mentari berjam-jam lamanya. Jika didedahkan dengan haba panas secara berterusan, plastik kerusi keselamatan ini akan jadi semakin rapuh. Oleh itu, jika keselamatan adalah keutamaan anda apabila membeli kereta, bukankah kualiti kerusi keselamatan kereta bagi anak kesayangan anda juga patut diberi perhatian yang sama atau lebih lagi?

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 05

Kerosakan

Masa inilah anda akan sedar yang proses membeli kerusi kereta kanak-kanak sama seperti membeli kereta. Jika kemalangan berlaku apabila kerusi kereta ini digunakan, bahan yang memegang bahagian tempat duduk ini mungkin akan terjejas sekali.

Oleh itu, jika anda ingin membeli kerusi kanak-kanak yang terpakai, pastikan anda tahu asal-usul dan sejarah penuh kerusi ini. Sama seperti kereta, walaupun kerusi telah dibaiki, ia tidak akan jadi 100% sempurna.

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 06

Masih tak percaya? Cuba pergi jalan-jalan tengok kerusi keselamatan kanak-kanak di kedai dan ambil perhatian pada setiap produk yang anda lihat. Kemudian, bandingkannya dengan kerusi yang sudah berumur 6 tahun. Anda akan nampak perbezaan yang ketara dan kelengkapan kerusi lama tersebut tidak akan sama dengan kerusi yang telahpun dibuat standard.

Dapat kerusi keselamatan bayi yang terpakai? Dah periksa tarikh luput belum? 07

Atau adakah anda masih tidak percaya dengan kerusi keselamatan kanak-kanak dan kepentingannya?

Kerusi keselamatan kanak-kanak untuk kereta telah terbukti dalam melindungi dan mengurangkan statistik kematian kanak-kanak yang terbunuh dalam kemalangan jalanraya. Menurut statistik Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), 1,559 kematian telah dicatatkan membabitkan kanak-kanak berusia 10 tahun sepanjang tempoh 10 tahun sejak 2007.

Fikir-fikirkanlah. Semasa menyambut kedatangan si kecil, anda bergegas kesana kemari membeli katil bayi, ‘stroller’, dan barang-barang keperluan lain. Beringatlah untuk sediakan juga wang untuk kerusi keselamatan kanak-kanak dalam kereta anda.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda