window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki!

Khairil · Mar 25, 2021 03:00 PM

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 01

Walaupun secara terang-terangan ia satu kesalahan, laluan pejalan kaki digunapakai oleh penunggang motosikal bukan lagi satu perkara yang asing untuk dilihat ketika ini terutama di pusat bandar.

Berikutan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama rapat dengan pihak polis bagi menghukum penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan berkenaan.

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 02

Sumber imej: The Star

Memetik laporan The Star, DBKL menerima banyak aduan daripada orang ramai membabitkan penunggang motosikal, khususnya penunggang penghantar yang menggunakan laluan pejalan kaki dan menunggang secara melulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dalam aduan berkenaan, ramai yang mendakwa mereka terpaksa mengelak penunggang penghantar yang menunggang dengan laju di laluan berkenaan dan hampir mengakibatkan kemalangan dengan pengguna jalan raya yang lain.

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 01

Pengarah Jabatan Perancang Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata laluan pejalan kali bukan dibina untuk kegunaan kenderaan dan ia adalah sebahagian daripada perancangan dasar tanpa kereta di bandar untuk mengurangkan karbon dan menangani masalah perubahan iklim.

“Kami akan berhubung dengan pihak polis mengenai perkara ini dan berharap untuk melaksanakan penguatkuasan dengan kadar segera," katanya.

Pada tahun 2019, DBKL menaik taraf laluan pejalan kaki di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, Masjid India, Medan Bunus, persiaran sungai Lorong Bunus 1, Jalan Melayu, Lanai Seni dan Pasar Medan.

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 02

Dalam proses berkenaan, penjaja laluan pejalan kaki turut dipindahkan ke pusat penjaja yang dikhaskan di kawasan sekitar.

Seorang pengguna, M Viknendran dari Bangsar berkata dia hampir dilanggar penunggang penghantar di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada minggu lalu.

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 03

"Saya menggunakan LRT untuk menghadiri mesyuarat kerana beranggapan ia lebih pantas dan selamat namun saya fikir lebih baik saya memandu kereta. Laluan pejalan kaki adalah lebar dan memudahkan.

"Tetapi ketika waktu makan tengah hari, secara tiba-tiba sekumpulan penunggang penghantar keluar entah dari mana dan kemudian melalui laluan pejalan kaki. Seorang penunggang hampir melanggar seorang wanita dan anaknya."

Seorang juruwang di sebuah kedai berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Serena berkata situasi serupa hampir berlaku setiap hari terutama ketika pada waktu makan tengah hari.

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 04

Sumber imej: The Star

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata pihak polis masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara berkenaan.

"Begitupun, kami akan memantau situasi berkenaan. Kami menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti seperti itu agar menghubungi polis."

DBKL, polis bakal 'gempur' penunggang 'delivery' guna laluan pejalan kaki! 05

Zulkefly turut menyatakan orang awam boleh menggunakan aplikasi mudah alih Volunteer Smartphone Patrol (VSP) untuk merakam kejadian berkenaan dan melaporkan kepada polis.

"Jika kami menerima aduan atau laporan mengenai perkara ini, kami boleh mengambil tindakan,” katanya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda