window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata

Mersita · Feb 1, 2022 06:00 PM

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 01

Idea konvensional tentang rekaan/’design’ selalunya berfokuskan pada apa yang boleh dilihat pada permukaan sesuatu benda. Namun dengan Hyundai, idea mereka kadangkala terpesong sedikit dari hala tuju konvensional ini. Ia dibuktikan dalam usaha mereka dalam rekaan bahagian tersembunyi.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 02

Nampak lipatan pada sisi dalam pintu kereta ini? Inilah rekaan Gray Zone

Diberi nama ‘Gray Zone Design’, ini cara Hyundai menyerikan bahagian-bahagian kereta yang selalunya tidak kelihatan – misalnya lantai kereta, panel dalaman, bahagian intake/ekzos, sambungan antara pintu, malah nat dan bolt juga diberi perhatian.

Melangkaui rekaan tradisional

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 03

Poin sambungan dan ruang lain selalunya diisi semasa kereta sampai ke tahap produksi

Apa yang ada pada ‘Gray Zone’? Ini merujuk kepada proses antara rekaan kejuruteraan dan rekaan estetika kereta berkenaan. Dalam erti kata lain, Gray Zone ialah bahagian yang hanya boleh dilihat apabila pintu dibuka ataupun apabila kemasan yang dipasang di atasnya dibuka atau ditanggalkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 01

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 02

Panel suku GV60 dan hud

Ini bermakna bahagian seperti lantai kereta, ruang enjin, panel-panel yang selalunya tersembunyi, dan juga nat serta bolt digunakan telah diserikan dengan sentuhan estetika tersendiri.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 03

Satu contoh BIW, Genesis GV60

Jika anda mahu melihatnya dengan jelas, anda perlu melihat rangka asas kereta itu sendiri (Body in White, BIW). Ini merujuk kepada keadaan dimana rangka dan panel kereta sudah dipasang, namun segala-galanya terdedah dalam bentuk asal. Tanpa penebat bunyi, tanpa cat atau apa-apa sekalipun – hanyalah struktur asal sesebuah kereta yang ‘togel’ habis.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 04

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 05

Walaupun usaha ini tampak sia-sia bagi sesetengah orang, namun beberapa bahagian tersembunyi ini boleh dilihat dalam beberapa situasi seperti apabila mengisi minyak atau menjalankan ‘maintenance’. Namun secara amnya, ia juga menjadi satu peluang untuk lain-lain jenama di bawah payung Hyundai Motor Group bagi mengukuhkan posisi mereka.

Satu falsafah, penyampaian berbeza

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 06

Bagi kereta-kereta Hyundai dan Kia, penutup enjin adalah untuk memberikan imej kepaduan dan kebolehgunaan, manakala kereta elektrik seperti Ioniq dan barisan EV Kia sememangnya dibuat untuk tampak ‘high tech’.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 07

Barisan kereta N Hyundai diberi penutup enjin dinamik, manakala penutup enjin Genesis pula diberi sentuhan mewah.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 08

Sama juga dengan panel bawah badannya, dimana jenama-jenama berbeza di bawah naungan Hyundai Motor Group membawa kelainan masing-masing yang lebih ketara menerusi rekaan dan rupa bentuk berbeza.

Demi kesempurnaan, Hyundai bersungguh hasilkan rekaan yang tak jelas di mata 09

Perumah port pengecas Genesis GV60 mempunyai lampu indikator yang unik

Jika selama ini anda kagum dengan rekaan terkini kereta-kereta Hyundai/Kia, maka inilah sebahagian daripada jawapannya: kadangkala rekaan bahagian yang tersembunyi adalah langkah penting untuk membuatkan keseluruhan pakejnya lebih menyerlah.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Hyundai Ioniq 5 Lite

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda