window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik?

Haris ยท Aug 29, 2021 04:00 PM

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 01

Kurang sebulan selepas Geely Emgrand 2021 generasi keempat dibuka untuk tempahan, sedan tersebut kini telah dilancarkan secara rasmi di China.

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 02

Geely Emgrand 2021 berharga dari CNY 69,900 (~ RM 45k) untuk varian asas bertransmisi manual 5-kelajuan, dengan harga paling tinggi CNY 88,900 (~ RM 58k) untuk varian teratas. Harga ini jauh lebih murah daripada anggaran harga yang dijangkakan sebulan yang lalu ketika dalam fasa tempahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Tempahan untuk Geely Emgrand 2021 serba baru kini dibuka, hanya RM 57k di China

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 01

Dari segi harga, Geely Emgrand serba baru diposisikan setaraf dengan Toyota Vios segmen B (CNY 73,800 hingga CNY 94,800).

Apa yang menjadikannya sedan bajet terbaik adalah dimensi Geely Emgrand sebenarnya lebih dekat dengan pesaing segmen C seperti Honda Civic (CNY 11,900 hingga CNY 169,900) dan Toyota Corolla (CNY 109,800 hingga CNY 159,800).

Dimensi
Model Emgrand Vios (CN) Civic (CN)
Panjang (mm) 4,638 4,435 4,658
Lebar (mm) 1,820 1,700 1,800
Tinggi (mm) 1,460 1,490 1,416
Jarak Roda (mm) 2,650 2,550 2,700

Sebagai salah satu model Geely yang paling berpatutan, tiada enjin turbocaj yang ditawarkan. Sebagai gantinya, semua varian Geely Emgrand generasi baru dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter NA yang menghasilkan 114 PS dan 147 Nm. Pilihan transmisi termasuklah manual 5-kelajuan dan automatik jenis CVT.

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 02

Secara visual, Geely Emgrand menggunakan nuansa rekaan terbaru Geely, merangkumi gril depan khas Geely dengan bilah menegak. Sementara itu, bahagian sisi nampak kemas dan sederhana dengan garis badan yang menonjol dari arah depan ke belakang.

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 03

Bergerak ke arah belakang pula, kedua-dua lampu belakang dihubungkan melalui jalur LED dengan jenama Geely yang terpampang. Bumper belakang juga mempunyai diffuser belakang palsu dengan lampu kabus belakang yang turut diletakkan pada bahagian tengah.

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 04

Walaupun ini adalah sedan bajet daripada Geely, bahagian dalam Geely Emgrand terasa mewah. Kluster meter digital 12.3 inci beserta sistem infotainment berskrin 10.25 inci jenis terapung menerima perhatian utama, dikuasakan oleh perisian GKUI terbaru oleh Geely. Varian atas menambah kelengkapan seperti dashcam dan butang pembuka but jarak jauh.

Baca: Geely Emgrand tunjukkan bagaimana nak buat sedan bajet yang bagus!

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 05

Komen editor:

Dilancarkan pada harga RM 45k, Geely Emgrand adalah sedan bajet terbaik? 06

Walaupun beberapa laporan mendakwa bahawa Proton bakal membangunkan sedan baru berdasarkan Geely Emgrand ini, laporan tersebut dibidas oleh sumber kami yang memberitahu bahawa tiada perancangan untuk sedan Proton baru. Hal ini turut disokong oleh fakta bahawa segmen sedan adalah segmen pasaran yang semakin mengecil.

Baca: Proton Persona facelift 2021 - 1.6 CVT, 'aircond' digital kini standard dan rekaan baru, dari RM 45,200!

Sebaliknya, Proton dijangka akan memfokuskan segmen SUV. Pelancaran seterusnya dari Proton adalah Proton X90, berdasarkan beberapa petanda awal. SUV 7 penumpang ini dibangunkan berdasarkan Geely Haoyue. Model itu turut dilihat di jalan raya Malaysia beberapa bulan yang lalu.

Baca: Proton tengah daftar nama Proton X80 dan Proton X90? Situasi yang baik untuk Proton bakal menjelma

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda