window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?!

Zamil Syaheer · Jun 20, 2021 11:59 AM

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 01

Siapa saja yang tak rasa terpesona melihat aksi drift? Drifting adalah “controlled chaos” di mana pemandu sengaja membuat kereta oversteer dan memanjangkan aksi ‘slide’ itu ketika mengambil selekoh.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 02

Dengan deruman enjin di RPM tinggi, bunyi tayar ’screeching’, ditambah pula asap yang banyak – memang anda akan merasa wow!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 01

Tetapi bagi jejaka Melayu berdarah panas pula, apa lagi yang membuatkan mereka rasa terpesona? Kalau kami jawab Elizabeth Tan, mesti ramai yang tersengih macam kerang busuk.

Maklumlah, gadis berbangsa Cina ini yang lebih mesra dikenali sebagai Lizzy telah memenangi ramai peminat bangsa Melayu sejak tular video nyanyian lagu dengan ukulele pada tahun 2013, dan juga single “Knock Knock”.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 02

Selain boleh bernyanyi dan juga berlakon, tahukah anda Elizabeth juga boleh “drift”? Malah apa yang lebih menakjubkan, dia menggunakan jentera Toyota Corolla generasi keempat yang lebih dikenali sebagai ‘KE70!’ “Old school never dies” eh?

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 03

Kalau anda nak tahu, ini merupakan sebahagian daripada plot untuk video muzik Somewhere New, hasil kolaborasi diantara DJ Goldfish & Blink pada tahun 2015.

Ini antara salah satu lagu yang Bahasa Inggeris yang dinyanyikan (serta ditulis) oleh Elizabeth sendiri. Oleh kerana ia lagu dengan rentak EDM dan juga Bahasa Inggeris, mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan lagu ini.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 04

Apa yang membuatkan video muzik ini gempak adalah babak aksi drift dan kejar-mengejar yang amat menerujakan. Bukan hanya satu Toyota Corolla KE70 yang digunakan, tetapi dua jentera ‘old school’, masing-masing nampak cantik. Persoalannya, betul ke Elizabeth Tan yang drift?

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 05

Jawapannya – hanya setakat lakonan sahaja. Sebenarnya, aksi drift itu dilakukan oleh saya serta rakan saya, Joe. Jika anda sudah menonton muzik video ini, Elizabeth sebenarnya hanya duduk di dalam kereta sambil melakukan gaya aksi pemanduan – walhal kereta Corolla KE70 berwarna coklat itu ada di atas trak tunda. Hanya ilusi semuanya, hehe.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 06

Kalau anda ada baca artikel mengenai enjin 4A-GE 1.6 liter dan juga KE70 sebenarnya sama dengan AE86, anda akan tahu bahawa saya mula terjebak dengan sukan drift melalui Toyota Corolla KE70.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 07

Pengambaran mengambil masa satu hari bermula dari jam 8 pagi sehingga 7 petang. Aksi yang dipinta oleh pengarah agak mencabar, tetapi kami berdua berjaya melakukannya.

Cuma kesian dekat kereta kami kerana terpaksa melalui pelbagai jenis permukaan jalan dan juga ‘seksaan’ aksi drift.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 08

Demi Elizabeth Tan punya pasal.

Selepas tamatnya pengambaran video muzik ini, kedua-dua kereta kami mengalami masalah. Kereta saya berwarna kuning dengan enjin 4A-GE 20-injap “Blacktop” telah mengalami masalah enjin, manakala kereta Joe berwarna coklat dengan enjin 4A-GE 16-injap “Blue Top” pula menghadapi masalah klac. Tak pasal-pasal kami kena pulang dengan trak tunda juga.

Elizabeth Tan pernah 'drift' dalam Toyota Corolla KE70 saya dengan enjin 4A-GE turbo, biar betul?! 09

Jangan jeles ok? Hehehe.

Tapi apa yang penting adalah kami dapat ‘menumpang’ glamor Elizabeth Tan (dan berbual dengan dia, hehe), mempromosikan keupayaan kereta-kereta lama ini di mata orang ramai, dan menyimpan sebuah kenangan yang tak ternilai pada masa akan datang.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda