window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas

Mersita Β· Mar 27, 2023 02:00 PM

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 01

Pengeluar kereta elektrik (EV) dari China, Neta, memberi lebih banyak petanda tentang kehadirannya di pasaran Malaysia dengan pelancaran laman web dan media sosial baharu mereka.

Rancangan jenama di bawah naungan Hozon Auto itu pada mulanya didengari ketika pelancaran jenamanya di Thailand pada Ogos 2022. Sejak itu, Neta juga telah menembusi pasaran Vietnam.

Juga baca: Kereta elektrik (EV) murah Hozon Neta V berkemungkinan masuk Malaysia, harga bawah RM 100k?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 01

Walaupun syarikat berkenaan ada tiga model teras di China (Neta S, Neta U-II, Neta V), hanya Neta V yang dijual di Thailand. Nampak gayanya kita akan mengikut susun atur yang sama kerana semua laman media sosial dan web untuk Malaysia buat masa kini hanya memaparkan Neta V.

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 02

Tangkap layar satu-satunya laman yang boleh dilawati di neta.my buat masa ini

Setakat masa penulisan, info tentang kehadiran Neta masih terlalu sedikit. Belum ada sebarang kenyataan tentang siapakah pengedar jenama ini di Malaysia.

Neta V

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 03

Neta V menarik perhatian anda? Kereta elektrik sepenuhnya, Neta V di pasaran Thailand dipadatkan dengan bateri litium-ion (Li-Ion) 38.5 kWh yang menguasakan motor elektrik (95 PS/150 Nm) yang terletak di gandar hadapan.

Jarak pandu dikatakan mencapai 384 km sekali cas penuh berdasarkan ujian NEDC (tiada bacaan berdasarkan WLTP), dengan kelajuan puncak 101 km/jam. Pecutan 0-50 km/jam merekodkan masa 3.9 saat.

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 04

Pengecasannya dilakukan menerusi pengecas AC 6.6 kW (8 jam untuk cas penuh), manakala pengecas pantas DC 100 kW boleh mengecas baterinya dari 30% ke 80% dalam tempoh setengah jam saja. Lebih mengagumkan, ia juga mempunyai sistem β€˜vehicle-to-load’ (V2L) yang boleh menyalurkan kuasa sehingga 3.3 kW.

Neta V juga lebih tinggi dan panjang berbanding Myvi – dengan ukuran panjang 4,070 mm, lebar 1,690 mm, tinggi 1,540 mm, dan jarak roda 2,420 mm. Myvi pula berukuran panjang 3,895 mm, lebar 1,735 mm, tinggi 1,515 mm, dan jarak roda 2,500 mm.

Juga baca: EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi!

EV mampu milik Neta V diacah untuk Malaysia - RM 68k saja di Thailand, 384 km sekali cas 05

Dari segi kelengkapan pula, Neta V didatangkan dengan lampu halogen projectors, DRL LED, lampu brek kombinasi LED, dan rim 16 inci di bahagian luarnya. Dalamannya pula dilengkapi panel meter digital 12 inci, infotainment berskrin sentuh gaya potret 14.6 inci, dan kemasan kabin kulit sintetik.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Neta V

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia