window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang

Amirul · Jun 10, 2021 08:00 PM

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 01

Geely Design Shanghai telah mempersembahkan konsep Vision Starburst, yang menggunakan bahasa rekaan terbaharu mereka iaitu ‘Expanding Cosmos’. Falsafah rekaan ini akan menjadi asas kepada model-model akan datang Geely.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 02

“Falsafah ‘Expanding Cosmos’ ini merupakan aspirasi berterusan kami untuk meneroka bahasa rekaan baharu yang menepati kehendak pelanggan-pelanggan kami yang pelbagai dan semakin bertambah,” kata Naib Presiden Geely Design Shanghai, Guy Burgoyne.

“Seperti kelahiran bintang baharu, idea dari pasukan pereka global kami digabung dan disemarakkan, hasilnya lahirlah ekspresi rekabentuk baharu, visi baharu, Vision Starburst,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 01

Dapat dilihat idea rekaan ini mengambil inspirasi fenomena nebula (awan dan gas di angkasa) serta elemen-elemen lain bergabung dan membentuk bintang baharu.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 02

Elemen paling menyerlah pada konsep Vision Starburst ini ialah gril depan dan corong kemasukan udaranya. Rekaan gril ini merupakan perubahan drastik dari rekaan sebelum ini, dengan corak unik dan tajam serta menggunakan permainan cahaya.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 03

Keseluruhan kenderaan ini terbentuk dari tengah dan ditarik ke sisi, kemudian dari atas ke bawah, memberikan muka depan yang menyerlah dengan aura tiga-dimensi.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 04

Masuk ke dalam, panel pintunya direka mirip dengan karakter luaran. Strip cahaya ‘Cosmic Ray’ menyatukan rekaan luar dan dalam ini.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 05

Di atas konsol tengah terapung ini, tombol gear direka dengan geometri aerodinamik, berserta empat garisan cahaya yang menunjukkan tetapan gear berbeza.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 06

Permainan cahaya ini dapat juga dilihat pada panel instrumen selain pada panel pintu dan papan pemuka. Pereka bentuk Vision Starburst menggambarkan kenderaan ini mampu memaparkan maklumat kenderaan dan jalanraya untuk meningkatkan keselamatan.

Terdapat juga satu ciri yang memberikan suasana berbeza, dimana cahaya kabin dan bunyi akan berubah mengikut keadaan kenderaan, memberikan pengalaman unik kepada pengguna.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 07

Menurut Geely Design, falsafah pada Vision Starburst ialah hala tuju baharu ‘Expanding Cosmos’ syarikat itu yang menawarkan interaksi manusia dengan kenderaan.

Geely Vision Starburst pertonton idea dan konsep rekaan model akan datang 08

Walaupun Vision Starburst itu sendiri tidak akan dijadikan kenderaan produksi, kita boleh jangkakan banyak aspek dari rekabentuknya yang akan dibawa ke model-model Geely Auto akan datang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda