window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya?

Faisal · Nov 26, 2020 02:00 PM

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 01

Berikutan liputan Guangzhou Auto Show 2020, kali ini kami bawakan anda gambaran yang lebih dekat mengenai Geely Xing Yue 2021!

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 02

Dengan penampilan yang unik dan menarik, inilah kereta yang betul-betul buatkan rakyat Malaysia teruja. Ditambah pula dengan penghasilan oleh syarikat Geely, bolehkah ia menjadi model Proton yang seterusnya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 01

Geely Jiaji. Proton mungkin memerlukan MPV ini terlebih dahulu

Untuk maklumat anda, Proton telah bersetuju untuk berkongsi 3 model daripada Geely. Setakat ini, perjanjian tersebut telah melibatkan model Boyue (Proton X70) dan Binyue (Proton X50). Satu lagi mungkin melibatkan model MPV Jiaji.

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 02

Mengenai model Xing Yue, ia menampilkan rekaan fastback. Malah SUV berbentuk coupe ini kelihatan seperti BMW X6 M sekiranya dilihat dari beberapa sudut.

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 03

Gril 'Infinite Weave' oleh Proton mungkin serasi di antara dua lampu hadapan LED...

Untuk pengetahuan anda, nama Xing Yue bermaksud bintang yang meloncat. Menariknya, ini adalah model Geely pertama yang menggunakan platform Compart Modular Architecture (CMA).

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 04

Di negara kelahirannya, SUV bergaya coupe ini hadir dengan 3 pilihan tren kuasa:

Spesifikasi Geely Xing Yue 2021
Varian Tren kuasa
300T

1.5L 3-silinder turbo

Sistem hibrid separa (mild-hybrid) 48V

190 PS / 300 Nm tork

7 kelajuan DCT klac basah

350T

2.0L 4-silinder turbo

237 PS / 350 Nm tork

automatik 8 kelajuan

400T

1.5L 3-slinder turbo

Sistem hibrid (plug-in)

7 kelajuan DCT klac basah

Varian teratas 400T hanya menggunakan enjin 3-silinder? Inilah hakikat industri automotif zaman sekarang.

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 05

Pada bahagian interior, Xing Yue menampilkan sentuhan yang berkualiti dengan rekaan yang serasi (suis penyaman udara seperti X50). Kluster instrumen digital dan sistem GKUI pada infotainment sesentuh 12.3 inci pula melengkapi bahagian kabin secara keseluruhan.

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 06

Walaupun kelihatan cukup sporty, Xing Yue masih boleh memuatkan 5 penumpang pada kerusi kulitnya. Pada masa yang sama, bahagian belakang turut hadir dengan penyaman udara!

Geely Xing Yue 2021 – produk SUV Proton seterusnya? 07

4 ekzos seperti Proton X50

Walau bagaimanapun, Geely Jiaji lebih diperlukan oleh Proton ketika ini. Kami telah membuat ujian ringkas mengenai MPV ini. Sementara itu, anda boleh ikuti video kami mengenainya.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Geely Xing Yue 400T

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda