window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini!

Khairil · Apr 20, 2021 07:00 AM

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 01

Sejak diperkenalkan di negara asalnya, Thailand tahun lalu, jentera 'Sportbike' GPX Demon GR200R sememangnya berjaya menarik perhatian peminat di negara ini menerusi reka bentuknya yang memang 'mengancam'.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 02

Dan selepas sekian lama menunggu, motosikal berkenaan sah akan dilancarkan di pasaran tempatan pada tarikh 24 April ini. Perkembangan menarik itu diperoleh daripada laman Facebook rasmi GPX Malaysia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: GPX Demon GR200R 2020, 'syaitan' dari Thailand dengan reka bentuk mengancam

Kepada sesiapa yang tidak mengenali GPX, jenama itu sudah berada di pasaran tempatan sejak beberapa tahun lalu dan cukup diminati terutama dalam segmen 'Cafe Racer'.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 01

Sebelum pandemik Covid-19 melanda, syarikat berkenaan sudah pun melancarkan 'adik' kepada GPX Demon GR200R iaitu Demon 150 GR yang disifatkan sebagai 'Mini Ducati Panigale' dengan harga cukup murah.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 02

Dan menariknya jika Demon 150 GR dikatakan mirip Panigale, Demon GR200R pula dikatakan serupa dengan reka bentuk model 'Superbike' terkemuka dari Yamaha iaitu R1.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 03

Namun, apa yang menyebabkan ia layak dipanggil 'Demon' adalah reka bentuk lampu depan DRL yang cukup menarik serta reka bentuk lampu belakang yang tirus dan memanjang.

Berdasarkan carian yang dibuat di laman web jual beli popular tanah air, motosikal berkenaan sudah pun mempunyai tanda harga di pasaran tempatan iaitu sekitar RM 11,000 ke RM 12,000. Di Thailand, harga jualan adalah 76,500 baht (RM 10,600).

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 04

Meneliti lebih mendalam mengenai spesifikasi teknikal jentera ini, ia menggunakan enjin bersesaran 198 cc, 1 Silinder, 2 Injap, Penyejuk Cecair, suntikan bahan api GPX-Fi dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 05

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 19 Hp manakala Tork 17.2 Nm. Berdasarkan laman web GPX Malaysia, ia dikatakan boleh mencapai kelajuan melebihi 140 kilometer sejam.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 06

Bagi mendapatkan tunggangan terbaik, GPX Demon GR200R menggunakan sistem suspensi fork depan jenis terbalik (USD) yang digandingkan dengan monoshock dari jenama terkemuka Thailand, YSS.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 07

Dari sudut keselamatan pula, ia menggunakan sistem brek cakera cakera hidraulik dengan kaliper 2-piston bersaiz 276 mm di bahagian depan dan brek cakera belakang dengan ukuran 220 mm. Set roda pula adalah bersaiz 100/80-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang).

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 08

Sebagai tambahan, ciri-ciri menarik lain pada motosikal ini adalah ia menggunakan kerangka jenis trellis, meter digital TFT berwarna, sistem lampu LED penuh, kapasiti bahan api 10.5 liter.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 09

Sekalipun masih berstatus TBA (akan diumumkan), laman web GPX Malaysia sudah pun menunjukkan spesifikasi penuh model berkenaan berserta pilihan warna.

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 10

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 11

GPX Demon GR200R 2021 dilancar di pasaran Malaysia 24 April ini! 12

Tiga warna menarik yang dipaparkan ialah Red Fire, Black Space dan Matt Gray. Tak sabar? Anda boleh buat tempahan dari kerana tempahan dari pengedar sudah pun dibuka sejak beberapa hari lalu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda