window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haqiem Rusli baru dapat Nissan Leaf, hadiah ABPBH ke-33 tahun lalu. Apa katanya?

Mersita · Oct 1, 2021 03:00 PM

Haqiem Rusli baru dapat Nissan Leaf, hadiah ABPBH ke-33 tahun lalu. Apa katanya? 01

Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli, akhirnya dapat merasa hadiah kemenangannya setelah menerima kunci kereta elektrik Nissan Leaf dalam satu majlis penyerahan di galeri jualan dan servis ETCM di Glenmarie semalam.

Kereta elektrik (EV) itu yang menjadi sebahagian daripada hadiah bagi anugerah tersebut ditaja oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) Sdn Bhd. Untuk rekod, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 berlangsung pada 13 November 2020.

"Alhamdulillah, selepas sekian lama tertangguh, akhirnya dapat kereta dijanjikan. Saya faham, kelewatan itu bukan disengajakan, sebaliknya, berpunca pandemik COVID-19 yang membantutkan banyak perkara,” katanya kepada BH Online.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurutnya, dia belum berani lagi untuk memandu kereta itu dalam perjalanan jauh. "Disebabkan kereta ini menggunakan kuasa elektrik, ia akan dipandu ke tempat berdekatan rumah, misalnya, untuk pergi main bola,” katanya yang teruja untuk memiliki kereta elektrik bernilai RM180,699.50 itu.

Haqiem yang baru pertama kali memandu kenderaan 100 peratus elektrik berkata pemanduannya tidaklah sesukar yang dijangka. Katanya, pemanduan kereta tersebut lancar dan sangat selesa, selain daripada mempunyai reka bentuk yang ‘sporty’ dan moden – sesuai dengan usia dan penampilannya.

Haqiem Rusli baru dapat Nissan Leaf, hadiah ABPBH ke-33 tahun lalu. Apa katanya? 01

Timbalan Pengurus Besar, Komunikasi Pemasaran ETCM, Phang Rick Kee, berkata, "Penangguhan acara penyerahan kereta ini berlaku berikutan pelaksanaan beberapa fasa PKP. Kami perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan demi menjaga keselamatan.

"Disebabkan itu, galeri jualan dan pusat pameran terpaksa ditutup. Kami juga perlu memastikan ciri-ciri keselamatan kereta itu berada pada tahap tinggi.

Haqiem Rusli baru dapat Nissan Leaf, hadiah ABPBH ke-33 tahun lalu. Apa katanya? 02

"Justeru, pemeriksaan ketat daripada aspek teknikal perlu dilakukan bagi memastikan pelanggan termasuk Haqiem berpuas hati dan selesa memandunya," katanya kepada BH Online ketika majlis penyerahan kereta tersebut.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Leaf

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda