window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k)

Faisal ยท Nov 12, 2021 03:59 PM

Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k) 01

Honda BR-V 2022 generasi kedua telah membuat debut global pada September yang lalu tetapi harga rasminya baru dikeluarkan di Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2021 semalam. Untuk makluman ada, SUV 7 tempat duduk bersaiz kompak ini bermula pada harga 275.9 juta Rupiah (~RM 80,700) sehingga 339.9 juta Rupiah (~RM 99,400).

Bergantung pada varian, ia datang dengan pilihan transmisi manual 6 kelajuan dan automatik CVT. Varian Prestige yang teratas pula dilengkapkan sekali dengan ciri bantuan keselamatan Honda Sensing.

Harga Honda BR-V 2022
Varian Harga (Rupiah)
S 6M/T 275.9 juta (~RM 80,700)
 E 6 M/T 289.9 juta (~RM 84,800)
E CVT 299.9 juta(~RM 87,700)
Prestige 321.9 juta (~RM 94,200)
Prestige dengan Sensing 339.9 juta (~RM 99,400)

Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k) 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi trenkuasa, Honda BR-V serba baharu menggunakan enjin petrol aspirasi natural 1.5L DOHC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork, sama seperti Honda City.

Antara ciri yang ada termasuklah Smart-Entry, Walk-Away Lock dan kamera LaneWatch.

Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k) 01

Untuk aspek keselamatan, Honda BR-V serba baharu hadir dengan ciri:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Collision Mitigation Brake System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Penyerahan hak milik buat Honda BR-V baharu di Indonesia dijangka bermula pada Januari tahun depan. Model eksport pula dijangka beransur sekitar Februari 2022.

Harga rasmi didedah, Honda BR-V 2022 serba baharu bermula pada 275.9 juta Rupiah (~RM 80k) 02

Untuk pasaran Malaysia, Honda BR-V baharu berkemungkinan tiba pada lewat tahun hadapan atau awal tahun 2023.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda