window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900

Khairil ยท Mar 4, 2021 04:00 PM

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 01

Harley-Davidson baru saja melancarkan jentera 'Adventure' syarikat berkenaan iaitu Pan America 1250 di peringkat global dan motosikal berkenaan kini sudah pun mempunyai tanda harga rasmi di pasaran tempatan.

Menurut pengedar sahnya di negara ini, Harley-Davidson of Petaling Jaya, harga yang ditawarkan bermula pada harga RM 99,900 bagi model asas dengan warna (Vivid Black) dan RM 101,900 bagi warna River Rock Gray with Medallion.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 01

Untuk varian Special pula, ia bermula dengan harga RM 115,900 bagi warna (Vivid Black) dan RM 116,900 bagi pilihan warna Gauntlet Grey Metallic dan Deadwood Green.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 02

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 03

Bagi varian Special dengan dua tona warna iaitu Baja Orange & Stone Washed White Pearl, ia dijual pada harga RM 118,900.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 04

Harga yang diumumkan adalah asas dan tidak termasuk yuran pendaftaran, insuran dan cukai jalan.

Selain hadir dengan ciri-ciri lebih berteknologi dan premium, Pan America 1250 juga unik dari sudut reka bentuk terutama di bahagian lampu depan.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 05

Menggunakan enjin serba baharu dikenali sebagai Revolution Max, enjin bersesaran 1,252 cc, V-Twin, DOHC, Penyejuk Cecair VVT, 4 Injap Per-Silinder yang digandingkan dengan transmisi baharu 6 kelajuan menggunakan pacuan rantai. Ia menghasilkan kuasa 150 Hp pada 9,000 rpm dan tork 127 Nm pada 6,750 rpm. Enjin berkenaan turut mematuhi piawaian Euro 5.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 06

Dari sudut elektronik, Pan America hadir dengan pelbagai ciri yang diharapkan bagi sebuah jentera adventure termasuk sistem Kawalan henti-bukit, 'cruise control, cornering ABS, lean-sensitive traction control', dan mod pemanduan.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 07

Kepada yang yang berminat, Harley-Davidson Pan America 1250 turut didatangkan dengan tempoh jaminan antarabangsa selama 2 tahun.

Harley-Davidson umum harga Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia, bermula RM 99,900 08

Motosikal berkenaan sudah boleh ditempah dan dijangka tiba sekitar April atau Mei tahun itu. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang harleypj.com

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda