window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu!

Faisal · Jun 1, 2021 08:00 PM

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 01

Tanyalah sesiapapun, Haval yang dulu memang hambar di Malaysia. Tetapi Haval H6 yang baru ini akan ubah segala persepsi kita.

Setakat ini, Haval H6 nampaknya boleh memberikan saingan yang sengit terhadap Proton X70 serta abang-abang ‘legend’ seperti Honda CR-V dan juga Mazda CX-5.

Apa itu Haval H6?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pertama sekali, jentera ini adalah sebuah SUV segmen C yang dilancarkan di China pada Julai 2020. Sejak bermulanya jualan generasi ketiga ini, ia telah merampas takhta Geely Boyue (Proton X70) sebagai SUV segmen C yang terlaris di China. Tahun lepas, Haval H6 berjaya dijual sebanyak 376,864 unit. Geely Boyue pula hanya terjual sebanyak 240,811 unit.

Juga bacaProton X70 generasi baru bakal guna platform CMA - kembar Volvo XC40?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 01

Sebagai sebuah produk yang baru, perkara ini tidak mengejutkan langsung. Lagipun, Geely Boyue sendiri sudah agak tua di pasaran.

Juga bacaPotensi eksport Proton X70 tergugat di Thailand dengan pengumuman Haval H6 Hybrid?

Adakah ia akan masuk Malaysia?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 02

Peluang untuk Haval H6 masuk ke pasaran Malaysia sangatlah cerah. Lagipun, bahagian hubungan awam GWM di Thailand sendiri telah mengesahkan bahawa SUV ini akan dilancarkan di Malaysia.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 03

Malah baru-baru ini, kami sendiri sudah pergi tinjau di tanah air.

Juga bacaSUV No.1 di China, Haval H6 bakal tembus pasaran Malaysia. Proton X70 boleh tergugat?

Bila tarikh pelancarannya?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 04

Buat masa ini, agak sukar untuk menjawab teka teki ini. Pengedar GWM di Malaysia iaitu Go Auto yang agak senyap kebelakangan ini telahpun bubarkan bahagian hubungan awamnya. Apapun, mereka akan kekal mewakili jenama Haval di Malaysia.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 05

Yang peliknya, Haval H6 dan model GWM yang lain disimpan di tempat Borgward. Akan tetapi, pengedaran Borgward yang ada sebelum ini diuruskan oleh Go Bremen Motors. Bagi anda yang belum tahu, ia adalah anak syarikat Go Auto sendiri.

Juga bacaSpyshot: Haval H6 sudah tiba di Malaysia, jaga-jaga Proton X70 & Honda CR-V!

Adakah harga Haval H6 mahal?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 06

Terus terang kami cakap, Haval H6 tidak akan semurah Proton X70 kerana ia bukanlah kereta nasional. Buat masa ini, Proton X70 berharga sekitar RM 95k – RM 123k.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 07

Haval H6 pula mungkin berharga lebih kurang dengan pesaing dari Jepun. Antaranya seperti Honda CR-V (RM 140k – RM 163k) dan juga Mazda CX-5 (RM 132k – RM 175k).

Haval H6 akan dipasang di mana?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 08

Walaupun Haval ada tempat produksi di Malaysia, Haval H6 yang akan masuk di sini nanti dijangka hadir sebagai model import (CBU) dari Thailand.

Sebagai model import, agak sukar untuk Haval H6 mendapat harga yang kompetitif seperti pesaing CKD yang lain.

Juga bacaSUV China No.1, Haval H6 2021 akan dilancarkan di Thailand, bakal dieskport ke Malaysia?

Enjin apa yang diguna pada Haval H6?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 09

Untuk pasaran Thailand, Haval H6 Hybrid menggunakan enjin 1.5L turbo yang dibantu oleh motor elektrik berkuasa 130 kW. Output gabungan untuk sistem ini menghasilkan 243 PS dan 530 Nm tork.

Kalau anda nak tahu, pasaran Thailand mengenakan cukai eksais yang lebih rendah untuk kereta yang menggunakan trenkuasa hibrid.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 10

Menariknya, unit yang diintip di Malaysia dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 204 PS dan 320 Nm tork. Tidak kira enjin apa sekalipun, Haval H6 tetap datang dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Bagaimana dengan bahagian dalamnya?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 11

Kalau anda rasa interior Proton X70 sudah cukup mengagumkan, tunggu Haval H6.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 12

Sewaktu kami pergi tinjau baru-baru ni, kami perasan bahawa bahagian dalamnya lebih premium. Tambahan pula, keseluruhan bahan yang digunakan rasa lebih berkualiti.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 13

Walaupun interior Proton X70 cukup mantap, ia sedikit 'kureng' berbanding Haval H6.

Tidak cukup dengan itu, reka bentuknya sendiri nampak lebih sedap untuk dipandang. Tetapan dan susunan kabin juga cukup mudah untuk difahami.

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 14

Apple CarPlay dan Android Auto memang dah lama ada pada Haval.

Apa yang lebih menarik ialah Haval H6 dilengkapkan sekali dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Bagaimana dengan aspek keselamatan?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 15

Di China, Haval H6 menggunakan 14 radar dan 6 kamera untuk menyokong sistem bantuan keselamatan ADAS.  Antara ciri keselamatan moden yang didatangkan ialah:

  • Automated Emergency Braking (AEB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Stop & Go
  • Lane Change Assist

Bagaimana dengan saiz SUV ini?

Haval H6 – bakal masuk Malaysia untuk tapau X70 & CR-V, ini segala rahsia yang anda kena tahu! 16

Haval H6 mempunyai ukuran panjang pada 4,653 mm. Lebarnya pula berukuran 1,724 mm. Jarak roda untuk SUV ini pula adalah sebanyak 2,738 mm.

Perbezaan dimensi
  Haval H6 Proton X70 Perbezaan
Panjang (mm) 4,653 4,519 +134
Lebar (mm) 1,886 1,831 +55
Tinggi (mm) 1,724 1,694 +30
Jarak roda (mm) 2,738 2,670 +68

Secara keseluruhan, Haval H6 sebenarnya lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi daripada Proton X70.

Untuk maklumat yang berikutnya, teruskan bersama kami.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Haval H6 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda