window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas!

Mersita · Aug 22, 2022 05:00 PM

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas! 01

Salah satu kelebihan SUV yang sering digunakan sebagai ‘selling point’ pengeluar kereta adalah kebolehannya untuk dibawa berkelah atau aktiviti riadah di kawasan jalan mencabar, dan Honda BR-V yang ditayangkan di GIIAS 2022 baru-baru ini ternyata cukup ‘cun’ bagi mereka yang gemar aktiviti ‘outdoor’ sebegini.

Rakan kami di AutoFun ID cukup teruja melihat penampilan istimewa Honda BR-V versi ‘outdoor’ ini di GAIKINDO Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2022. SUV Honda kegemaran keluarga ini dilihat lengkap dengan peralatan berkhemah termasuk kerusi, meja dan katil lipat serta peralatan khemah lain-lain.

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tayangan istimewa di tengah-tengah ruang pameran PT Honda Prospect Motor (HPM) ini jelas menunjukkan usaha syarikat berkenaan dalam memasarkan BR-V sebagai ‘lifestyle SUV’ untuk keluarga moden yang gemarkan aktiviti riadah di luar.

Bukan itu saja, ciri unik yang menarik perhatian ramai ialah warna cat badannya iaitu Sand Khaki Pearl, dihiasi aksen hitam di sekeliling 'camper SUV' ini – sesuai dengan tema gaya hidup ‘outdoor’ yang digayakannya. Dihiasi pelekat istimewa berwarna hitam di sekelilingnya, SUV ini turut ditaburi aksen Black Gloss di bampar depan dan belakang, sisi pintu, ‘wheel arch’, serta ‘side sill garnish’.

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas! 01

Juga baca: Warna baru Honda BR-V nampak hebat, tapi mampukah lawan daya tarikan Xpander?

Perincian gelap turut dilihat di bahagian lain termasuklah lampu brek ‘smoke’, hiasan jejaring krom gelap, pemegang pintu krom gelap, cermin sisi hitam, emblem depan dan belakang krom gelap, antena sirip jerung hitam, berserta rim aloi 17 inci dalam kemasan Gloss Black yang membezakannya dengan BR-V standard di pasaran republik itu.

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas! 02

Juga baca: Pandu uji Honda BR-V generasi baru di Indonesia, lebih baik daripada Avanza dan Xpander?

Menurut laporan AutoFun ID, Yusak Billy, Business Innovation and Sales & Marketing Director PT Honda Prospect Motor (HPM), berkata, "Display All New BR-V di GIIAS sengaja kami rancang untuk memberikan inspirasi bagi konsumen, khususnya keluarga pengguna SUV yang senang bepergian bersama keluarga.

Honda BR-V versi 'camper' ditayangkan di GIIAS 2022, siap khemah dan warna khas! 03

“Konsep liburan bersama keluarga ini akan terus kami bawa ke berbagai acara yang melibatkan konsumen BR-V di berbagai kota di Indonesia, sehingga semakin banyak konsumen yang akan merasakan langsung kenyamanan All New BR-V sambil tetap dapat menghabiskan waktu yang menyenangkan bersama seluruh keluarganya."

Juga baca: Honda BR-V bukan SUV marhaen terbaru, tetapi hampir 4,000 rakyat Malaysia beli pada tahun lepas, kenapa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda BR-V Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda