window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Civic e:HEV RS Hybrid buka tempahan - enjin 2.0L hibrid, beli kereta kunci tiada!

Haris · Oct 13, 2022 11:30 AM

Honda Civic e:HEV RS Hybrid buka tempahan - enjin 2.0L hibrid, beli kereta kunci tiada! 01

Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa sedan peneraju segmen C, Honda Civic 2022 akan ditawarkan dalam varian RS baharu dengan rangkaian kuasa e:HEV, yang dibuka untuk tempahan di seluruh negara hari ini.

Varian ini ialah pengenalan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV pertama untuk Civic dan Honda Malaysia, dan dijangka menjadi varian mercu dalam segmen C.

Honda Civic e:HEV RS Hybrid buka tempahan - enjin 2.0L hibrid, beli kereta kunci tiada! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Hironobu Yoshimura berkata, “Civic generasi Ke-11 yang dilancarkan awal tahun ini mendapat sambutan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia, setelah menjual lebih 6,000 unit dari Januari hingga September 2022.

"Untuk mengukuhkan lagi kehadiran Civic dalam pasaran, kami teruja untuk memperkenalkan varian baharu ini dan buat pertama kali ditawarkan dalam rangkaian kuasa 2.0L e:HEV.

"Selaras dengan DNA Civic, e:HEV RS ini menjanjikan pemanduan yang menggembirakan dengan penggayaan yang elegan. Kami juga percaya bahawa dengan pengenalan varian yang menarik ini; ia akan meningkatkan lagi Segmen C dan mengujakan pelanggan kami.” ujarnya.

Honda Civic e:HEV RS Hybrid buka tempahan - enjin 2.0L hibrid, beli kereta kunci tiada! 01

Hybrid e:HEV RS (kanan) dengan rim berbeza daripada RS pengecas turbo (kiri)

Enjin 2.0L e:HEV baharu ini memberikan tork maksimum peneraju segmen 315 Nm dan 184 PS output kuasa maksimum. Ia digandingkan dengan transmisi Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) dan Intelligent Power Unit (IPU) yang dikuasakan oleh bateri litium-ion yang ringan dan padat dengan penyimpanan dan pengecasan kecekapan tertinggi.

Dalam meneruskan legasi kukuh dan DNA Civic, Civic e:HEV RS akan mengekalkan gaya RS yang sporty dan berani.

Dengan elemen tambahan varian e:HEV, bahagian luar Civic e:HEV RS kelihatan lebih premium dengan lambang H berwarna biru yang unik dan gril depan krom yang bergaya untuk daya tarikan yang lebih sporty. Melengkapi bahagian luaran ialah rim aloi dua tona 18-inci baharu.

Satu lagi yang pertama untuk varian baharu yang menarik ini ialah Kad Kunci yang diperkenalkan untuk fungsi kemasukan dan permulaan tanpa kunci yang padat dan mudah. Sebagai ciri pertama dalam segmen ini, ciri canggih ini selangkah ke hadapan dalam teknologinya dan ditawarkan secara eksklusif untuk Civic e:HEV RS.

Honda Civic e:HEV RS Hybrid buka tempahan - enjin 2.0L hibrid, beli kereta kunci tiada! 02

Ciri-ciri lain yang ketara dalam model ini ialah sistem infotainment 9-inci Advanced Display Audio dengan Wireless Apple CarPlay™ serta kemudahan utama ciri Remote Engine Start yang amat berguna untuk cuaca Malaysia menyejukkan kabin sebelum memasuki kereta.

Keselamatan dan teknologi intuitif Honda, Honda SENSING, ditawarkan standard dalam Civic e:HEV RS. Suite penuh ciri keselamatan Honda SENSING yang dipertingkatkan dan moden termasuk yang berikut:

  1. Lead Car Departure Notification System (LCDN)
  2. Adaptive Cruise Control (ACC) 
  3. Low Speed Follow (LSF)
  4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  5. Forward Collision Warning (FCW)
  6. Lane Keep Assist System (LKAS)
  7. Road Departure Mitigation (RDM)
  8. Lane Departure Warning (LDW)
  9. Auto High Beam (AHB)

Pelanggan boleh log masuk ke laman prebook.honda.com.my atau memuat turun aplikasi HondaTouch pada telefon pintar mereka untuk membuat tempahan bagi Civic e:HEV RS.

Pelanggan juga boleh mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda di seluruh negara atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau log masuk ke www.honda.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Honda Civic e:HEV RS.

Baca: Prebiu: Honda Civic e:HEV hibrid - bakal menyusul ke Malaysia, sedan prestasi dan jimat minyak!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda Civic e:HEV 2.0L RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda