Honda Malaysia panggil semula pemilik Honda Accord dan Honda CR-V?
Faisal · Nov 26, 2020 05:00 PM
Honda Malaysia mengumumkan pemanggilan semula buat 2,784 pemilik Honda Accord dan Honda CR-V untuk menggantikan pengembung beg udara Takata di bahagian pemandu. Langkah ini adalah untuk mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
Namun demikian, model yang terkini tidak terkesan sama sekali.
Honda CR-V tahun 2000
Perincian mengenai model yang terlibat adalah:
Pemanggilan semula
Model
Unit yang terkesan
Honda Accord tahun 1999
1,380
Honda CR-V tahun 2000
1,404
Untuk maklumat anda, pengembung ini berpotensi untuk mengalami tekanan dalaman yang keterlaluan dimana ia boleh mengakibatkan kegagalan fungsi beg udara ataupun pecah terus.
Honda Accord tahun 1999
Pemilik yang terlibat akan dihantar surat dan dinasihatkan segera ke pengedar rasmi Honda yang berdekatan untuk membuat temu janji. Kos penukaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
Komen