window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k!

Khairil · Mar 12, 2023 04:30 PM

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 01

Tepat seperti jangkaan, Honda Vario 125 (2023) secara rasminya menjengah pasaran Malaysia, hari ini dan tiba pada penawaran harga RM 7,080 (asas) bersama tiga pilihan warna berbeza.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 02

Jika mengikut rekaan, Honda Vario 125 (2023) pastinya tidak asing dengan pengguna di Malaysia kerana ia menggunakan platform yang sama seperti Honda Vario 150 yang pernah gah di pasaran sebelum kehadiran Honda Vario 160 (2023) tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 01

Pilihan warna yang ditawarkan adalah seperti berikut: 

  • Kuning
  • Biru
  • Merah

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 02

Di bahagian trenkuasa, Honda Vario 125 (2023) dipadankan dengan enjin eSP bersesaran 124.9 cc 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC, yang digandingkan dengan transmisi automatik. 

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 03

Kuasa yang dihasilkan adalah 11.46 Hp pada 8,500 rpm dan tork 11.74 Nm pada 5,000 rpm.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 04

Untuk penggunaan bahan api optimum, Honda Vario 125 (2023) turut didatangkan dengan pelbagai teknologi canggih seperti Idling Stop System (ISS) dan Sistem Kunci Pintar Honda yang merangkumi Sistem Penggera Anti-kecurian dan Sistem Jawab Balik.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 05

Menurut BSH, Honda Vario 125 (2023) adalah skuter pertama dalam kategori 125 cc menggunakan teknologi 'Smart Key' ini.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 06

Dilengkapi dengan penggunaan sistem lampu LED penuh, skuter ini turut memiliki ciri seperti pengecas USB yang diposisi di konsol depan, kapasiti ruang simpanan bawah pelana 18 liter dan panel meter LCD digital penuh.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 07

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang). Brek pula dijana cakera tunggal (depan dan belakang) tanpa bantuan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 08

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 09

Informasi lain adalah seperti penghidup elektrik, kapasiti tangki bahan api 5.5 liter, 112 kg, set roda 90/80-14 (depan) dan 100/80-14 (belakang).

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 10

Tampil dengan reka bentuk yang lebih sporty dan pelbagai ciri canggih, BSH berkata kehadiran Honda Vario 125 (2023) di Malaysia adalah jawapan kepada penunggang yang mencari skuter mampu milik yang sempurna dan menawarkan ciri moden canggih yang turut terdapat dalam skuter premium.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 11

Seperti biasa, harga diumumkan RM 7,080 adalah yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Pihak BSH turut menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000 km (mana yang tiba dahulu) dan boleh mula didapati di semua pengedar sah mulai 14 Mac 2023.

Honda Vario 125 (2023) dilancarkan di Malaysia, 3 warna, harga asas RM 7k! 12

Kepada yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Honda Vario 125 (2023), anda boleh melawat pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda