window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini!

Mersita ยท Aug 28, 2023 12:35 PM

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 01

Bagi peminat tegar dunia automotif, kereta manual sememangnya diagung-agungkan manakala transmisi jenis automatik pula seringkali dijadikan pilihan terakhir. Tapi, hakikatnya semakin banyak model kereta masa kini sudah tidak menjual versi manual secara rasmi. Masih boleh pakai ke hujah kereta auto tak โ€˜bestโ€™?

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 02

Perkara sama apabila anda hendak membeli hot hatch Suzuki Swift Sport (ZC33S) apabila pengedarnya di Malaysia, Naza Eastern Motors, hanya menawarkan varian automatik 6 kelajuan. Transmisi manual 6 kelajuan yang digemari peminat-peminat tegar ini hanya boleh dibeli menerusi pengimport dalaman, namun perlu diingat model โ€˜recondโ€™ tidak punya waranti komprehensif seperti yang baru.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 01

Walaupun Swift Sport spesifikasi Malaysia hanya boleh didapati dalam versi automatik, ini tak bermaksud hot hatch ini tidak menyengat. Sebagai kereta harian, ia cukup sesuai memandangkan anda tak perlu kawal klac dalam kesesakan jalan raya. Tapi, pada masa sama, cukup rugi memandangkan ia hot hatch.

Juga baca: Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900!

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 02

Bagi yang ingin berjinak-jinak dalam sukan permotoran dan berniat untuk memiliki โ€˜performance carโ€™, Swift Sport amat sesuai sebagai pemula โ€“ lagi-lagi jika mereka sudah biasa memandu kereta auto. Tak dinafikan, kotak gear AT 6 kelajuannya tidaklah selincah Mazda, tapi ia masih boleh diharap.

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 03

BoosterJet, nama yang cukup โ€˜coolโ€™ untuk enjin turbo yang kecil

Apa yang melayakkan Swift Sport dengan gelaran hot hatch adalah pada penyaluran kuasanya yang lancar daripada enjin 1.4 liter berpengecas turbo dengan 4 silinder yang menjana 140 PS dan 230 Nm. Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 7.6 saat berdasarkan ujian dalam rebiu kami.

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 04

Satu lagi perkara yang membuatkan Swift Sport betul-betul menyerlah ialah pengendaliannya. Dengan berat hampir-hampir 1 tan, hot hatch ini lincah ketika membelok dan menjadikannya sebuah kereta yang amat seronok untuk dipandu.

Lengkap dengan waranti 3 tahun/100,000 km, Suzuki Swift Sport ZC33S dijual pada harga bermula dari RM 145,900 (atas-jalan, tanpa insurans).

Anda boleh lihat sendiri hot hatch Jepun ini di Carlist.my Drive Auto Fair di Setia Alam Convention Centre pada 1 - 3 September 2023 (Jumaat - Ahad) bermula jam 10 pagi - 8 malam.

Ini mungkin hot hatch pertama anda, Suzuki Swift Sport dipamer di Carlist Drive Auto Fair hujung minggu ini! 05

Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik hanya dengan mendaftar kehadiran anda. Klik pautan ini untuk mendaftar dan berpeluang untuk bawa pulang Soundstream Anzuo Android Car Player bernilai RM 2,688!

Juga baca: Suzuki Swift Sport 2021 - patut beli โ€˜recondโ€™ atau beli baru dari Naza?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda