window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900!

Haris · Apr 9, 2021 07:00 PM

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 01

Naza Eastern Motors, syarikat yang membawa Suzuki Malaysia kembali ke arena automotif telah menandakan kehadiran mereka dengan pelancaran Suzuki Swift Sport 2021.

Peminat hothatch tentu teruja selepas model ini membuat kepulangan semula selepas ketiadaan Suzuki di Malaysia dalam beberapa tahun.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Swift Sport ditawarkan dengan hanya 1 varian sahaja - 1.4 liter turbo Boosterjet dengan padanan 6 kelajuan automatik. Tiada transmisi manual 6 kelajuan seperti yang ditawarkan dalam pasaran lain.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 01

Suzuki Swift Sport generasi keempat ini (ZC33S) mampu menjana sehingga 140 PS kuasa kuda dengan 230 Nm tork.

Enjin ini mempunyai nisbah mampatan yang rendah (9.9:1) yang cukup untuk diisi dengan minyak Ron 95. Tak perlu selalu mengisi minyak Ron 97. 

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 02

Walaupun ditawarkan dengan transmisi 6-kelajuan automatik, ia tetap dilengkapi dengan paddle shifter. Jika anda tetap mahukan Swift Sport versi manual, satu-satunya pilihan anda ialah unit recond.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 03

Cukup dengan aspek teknikal, kesemua spesifikasi ini mampu diterjemahkan dengan pecutan 0-100 km/j selama 8 saat sahaja. Kelajuan maksimum mampu mencapai sehingga 205 km/j.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 04

Suzuki Swift Sport mengekalkan bentuk kompak yang disukai ramai. Namun kali ini, ia nampak lebih moden dan agresif berbanding generasi terdahulu.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 05

Spesifikasi Swift Sport pasaran Malaysia mirip dengan spesifikasi Swift Sport pasaran Afrika Selatan. Oleh itu, ia dilengkapi dengan lampu LED sepenuhnya; pada lampu projektor automatik hadapan, lampu siang DRL dan lampu belakang.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 06

Seperti yang pernah didedahkan dalam gambar intipan kami, Suzuki Swift Sport dilengkapi dengan rim 16 inci. Berbeza dengan rim 17 inci yang digunakan pada model pasaran Jepun.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 07

Pada bahagian dalam, Swift Sport dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden seperti sistem infotainment skrin sesentuh 7 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay, penyaman udara automatik, butang penghidup enjin dan tempat duduk belakang boleh lipat dengan nisbah 60:40.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 08

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 09

Walaupun tampil dengan tanda harga yang agak tinggi, Suzuki Swift Sport terasa kekurangan pada aspek keselamatan dengan hanya 6 beg udara dan kawalan kestabilan.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 10

Tiada sistem bantuan pemandu (ADAS) adalah kekurangan terbesar model yang dibawa oleh Naza ini. Model recond hampir kesemuanya boleh didapati dengan ADAS.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 11

Terdapat 4 warna yang ditawarkan iaitu Champion Yellow, Prime Burning Red, Metallic Speed Blue, dan Pearl Pure White.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 12

Model pasaran Jepun

Berbeza dengan model pasaran lain, Suzuki Swift Sport juga tidak ditawarkan dengan pilihan warna 2 tona bumbung hitam.

Suzuki Swift Sport 2021 dilancarkan - 1.4L turbo, 6AT, 1 varian sahaja pada harga RM 139,900! 13

Suzuki Swift Sport 2021 ini boleh didapati pada harga RM 139,900 (harga atas jalan, tanpa insurans, pendaftaran peribadi) dengan warranti selama 3 tahun atau 100,000 km had perbatuan.

Bacaan Lanjut:

Suzuki Swift Sport dibuka untuk tempahan - harga sekitar RM 145k?

SAH! Suzuki kembali semula di Malaysia, Swift Sport & Jimny bakal tiba, pelancaran pertama bulan April!

Galeri: Suzuki Swift generasi 4 di BIMS 2021, akan kembali ke Malaysia?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Swift Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda