window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Interior MPV Hyundai Custo 2021 bocor sebelum membuat debut rasmi

Faisal · Jul 30, 2021 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada bahagian depan, konsol tengahnya dilihat begitu kemas dan premium. Sterengnya pula sama seperti model-model baru Hyundai yang ada sekarang. Kalau anda lihat, skrin infotainment yang diguna adalah jenis potret. Malah, tombol gear yang didatangkan juga adalah jenis elektronik.

Umumnya, papan pemuka Hyundai Custo nampak cukup mahal.

Interior MPV Hyundai Custo 2021 bocor sebelum membuat debut rasmi 01

Kalau anda perasan, bahagian bawah pada konsol tengahnya turut hadir dengan tempat meletak barang. Nampaknya, penggunaan tombol gear elektronik ternyata praktikal.

Interior MPV Hyundai Custo 2021 bocor sebelum membuat debut rasmi 02

Secara keseluruhan, kombinasi warna krim, hitam dan kelabu yang diterap pada bahagian kabin Hyundai Custo menghasilkan satu suasana yang nampak cukup luas dan selesa. Maklumlah, MPV kan. Wajiblah.

Beralih ke baris kedua, terdapat dua tempat duduk kulit jenis individu yang memberikan pengalaman seperti berada di ruang santai.

Interior MPV Hyundai Custo 2021 bocor sebelum membuat debut rasmi 03

Dari segi trenkuasa, Hyundai Custo datang dengan pilihan enjin SmartStream 1.5L turbo 4 silinder (170 PS, 253 Nm tork) dan 2.0L turbo 4 silinder (236 PS). Apapun, jumlah torknya masih belum disahkan.

Interior MPV Hyundai Custo 2021 bocor sebelum membuat debut rasmi 04

Buat masa ini, Hyundai Custo hanya untuk pasaran China sahaja. Namun demikian, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa ia mungkin beransur ke pasaran Malaysia tetapi dengan saiz yang lebih kompak. Jadi, mungkinkah Hyundai Stargazer memakai asas Custo? Hanya masa yang dapat tentukan. Untuk itu, teruskan setia bersama kami.

Juga bacaHyundai Stargazer dipatenkan, MPV 7 tempat duduk ini ingin 'tapau' Avanza, BR-V, dan Xpander!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda