window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jadi contoh kepada syarikat lain, Proton anjur kelas Bahasa Melayu kepada staf ekspatriat!

Haris ยท Apr 22, 2022 03:30 PM

Jadi contoh kepada syarikat lain, Proton anjur kelas Bahasa Melayu kepada staf ekspatriat! 01

Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Proton terus membawa mereka ke satu tahap yang lebih baik. Menariknya kali ini, ia bukan sekadar jualan atau servis tetapi lebih kepada pembangunan modal insan.

Terbaru, syarikat Proton Holdings Berhad itu telah menganjurkan kelas Bahasa Melayu untuk staf ekspatriat mereka bertujuan untuk memupuk hubungan yang lebih erat di kalangan pekerja yang akan membawa kepada persefahaman yang lebih baik di kalangan pekerja dan juga pelanggan.

Dalam satu hantaran di LinkedIn, inisiatif berkenaan telah dimulakan oleh CEO Proton, Dr Li Chunrong. Kelas Bahasa Melayu tersebut adalah untuk 20 orang staf ekspatriat daripada China yang menjadi tunjang utama di Proton.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Dr Li Chunrong: Proton bakal mengatasi Perodua pada 2027 atau lebih awal

Jadi contoh kepada syarikat lain, Proton anjur kelas Bahasa Melayu kepada staf ekspatriat! 01

Proton dalam kenyataan tersebut berkata, mereka menyedari kepentingan bahasa sebagai pendorong bukan sahaja komunikasi, tetapi juga sebagai elemen utama ke arah memahami budaya dan masyarakat di Malaysia.

Kursus tersebut terdiri daripada 60 jam sesi kelas yang dibahagikan kepada 30 kelas selama 2 jam yang diadakan 1 kali seminggu. Topik yang dibincangkan terdiri daripada mempelajari kemahiran asas Bahasa Melayu kepada pengenalan kepada norma dan budaya Malaysia.

Program ini telah dimulakan pada 14 April oleh Dato‘ Goh Hin San, Presiden Pusat Kebudayaan Han Malaysia dan Pn. Norsuhaila Ibrahim, Timbalan Editor Majalah Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka di mana kedua-duanya mengetuai sesi kelas.

Jadi contoh kepada syarikat lain, Proton anjur kelas Bahasa Melayu kepada staf ekspatriat! 02

Dato’ Goh gembira dengan usaha yang telah dilakukan, dan beliau percaya Proton adalah antara organisasi korporat besar terawal di negara ini yang memberi keutamaan kepada pembelajaran Bahasa Melayu kepada kakitangan ekspatriatnya.

Semasa sesi pertama, Naib Presiden HCA di PROTON, En. Amran Tomin, turut menyatakan keyakinannya bahawa pembelajaran Bahasa Melayu akan membantu mengeratkan hubungan sesama mereka yang akan membawa kepada persefahaman yang lebih baik dalam kalangan pekerja dan juga pelanggan.

Kemahiran bahasa ini juga akan digunakan untuk pasaran eksport seperti di Indonesia ketika Proton berusaha untuk mengembangkan sayap.

Baca: Demi pelanggan, CEO Proton Dr Li Chunrong kini ketuai mesyuarat isu servis selepas jualan!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda