window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia!

Haris · Apr 5, 2023 09:00 AM

Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia! 01

DRB-Hicom, yang memiliki 51.1 peratus saham Proton, mengesahkan bahawa laporan berita mengenai jenama kenderaan elektrik premium (EV) Zeekr datang ke Malaysia adalah tidak benar.

Ketua komunikasi strategik kumpulan DRB-Hicom, Mahmood Razak Bahman berkata: "Menteri tersebut suka kereta itu, kajian sedang dijalankan tetapi untuk mengatakan bahawa Zeekr akan datang adalah kurang tepat." 

Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kekeliruan ini timbul susulan lawatan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul ke kilang Geely Zeekr Smart Plant di Hangzhou Bay, China. Dalam hantaran Facebook yang dimuat naik pada 2-April 2023, menteri itu bercakap mengenai kerjasama positif Geely-Proton, serta mengetengahkan pandangannya mengenai Zeekr 001.

Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia! 01

Zeekr ialah jenama EV mewah Geely yang merangkumi model seperti Zeekr 001 wagon dan Zeekr 009 MPV. 

Menambah kekeliruan itu adalah satu lagi hantaran Facebook oleh Smart Malaysia yang membayangkan bahawa rakyat Malaysia boleh menantikan model Zeekr selepas Smart #1.

Baca: Geely melancarkan MPV Zeekr 009 elektrik - 544 PS, jarak 700 km, 0-100 km/j hanya 4.5 saat!

Jangan teruja dulu, DRB-Hicom jelaskan Zeekr belum disahkan untuk Malaysia! 02

Sekurang-kurangnya satu bahagian daripada hantaran tersebut adalah tepat; Fokus BEV Proton adalah pada Smart, dan Smart #1 akan datang ke Malaysia pada akhir tahun ini.

Baca: Smart #1 'on track' untuk pelancaran Q3 2023 di Malaysia; ada rangkaian jualan & servis, lebih pengecas EV

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda