window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888!

Zamil Syaheer ยท Oct 13, 2021 11:00 AM

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 01

Anak syarikat Tan Chong Group, Angka-Tan Motor Sdn Bhd (ATM) telah melancarkan trak pikap JMC Vigus Pro di Malaysia. Hanya satu varian yang ditawarkan dan ia dipasang secara tempatan (CKD) di kilang ETCM di Serendah.

ATM ingin menjual 350 unit Vigus Pro mulai hari ini sehingga akhir tahun.

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan harga dari RM 98,888, JMC Vigus Pro spesifikasi Malaysia mendapat enjin 2.0 liter turbodiesel dari Ford yang mampu menghasilkan 141 PS dan 340 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF. Ia juga mendapat sistem pacuan empat roda sambilan beserta transfer case jenis low-range.

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 01

Dari segi dimensi, JMC Vigus Pro mempunyai ukuran panjang 5,305 mm, lebar 1,905 mm, dan tinggi 1,835 mm - meletakkannya sama taraf dengan saingan seperti Mitsubishi Triton dan Toyota Hilux. Malah, ia berkongsi jarak roda 3,085 mm yang sama dengan Hilux.

Dimensi
Model Vigus Pro Hilux Ranger Triton
Panjang (mm) 5,305 5,325 5,426 5,305
Lebar (mm) 1,905 1,900 1,860 1,815
Tinggi (mm) 1,835 1,815 1,848 1,795
Jarak Roda (mm) 3,085 3,085 3,220 3,000

Kelengkapan standard pada Vigus Pro termasuklah lampu depan halogen projektor automatik dengan lampu LED siang hari (DRL), cermin sisi laras kuasa dengan pemanas, pengelap cermin automatik, dan kunci pintu automatik dengan pengesan kelajuan.

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 02

Di bahagian interior, terdapat paparan infotainment 8-inci dengan sambungan USB dan Bluetooth (maaf, tidak ada sokongan Android Auto atau Apple CarPlay), empat pembesar suara, fabrik kain, dan paddle shifters yang dipasang di stereng.

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 03

Dari segi keselamatan pula, Vigus Pro mendapat ABS, EBD, kawalan kestabilan, hill start assist (HSA), hill descent control (HDC), dan dua beg udara. Ia juga dilengkapi sistem brek cakera di keempat-empat roda.

JMC Vigus Pro dilancarkan di Malaysia, saingan Hilux, Triton berharga dari RM 98,888! 04

JMC Vigus Pro dengan spesifikasi Malaysia mendapat empat pilihan warna badan - Brilliant Silver, Steady Brown, Glossy Black, and Solid White.

Ia disokong oleh jaminan 3 tahun/100,000 km, mana yang lebih dahulu.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda