window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi

Khairil ยท May 10, 2021 07:00 AM

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 01

Sering mengeluarkan kata-kata yang 'pedas' dan tidak pernah menahan diri untuk menyuarakan pandangannya. Itulah kegemaran bekas juara dunia MotoGP, Jorge Lorenzo yang ketika ini menjadi 'pengkritik' di luar litar.

Terbaharu, pelumba kelahiran Sepanyol itu menyuarakan pandangannya terhadap bekas rakan sepasukannya, Valentino Rossi yang dianalisa seperti tidak lagi mampu bersaing dalam perlumbaan bertaraf dunia itu.

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika perlumbaan pusingan 4 MotoGP di Jerez, Sepanyol, Lorenzo dalam laman YouTube peribadinya, 99second melabel Rossi sebagai perlahan dan tidak lagi tepat.

Juga baca: Lorenzo bikin kejutan, juara di litar rupanya jaguh di pentas nyanyian

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 01

"Saya menjangkakan sesuatu yang lebih banyak daripadanya di Jerez, atau setidak-tidaknya peningkatan dari sudut keputusan," kata Lorenzo. "Mereka tidak banyak menayangkan dirinya di televisyen, dan pada satu ketika, dia tidak lagi tepat.

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 02

"Secara kebiasaannya dia adalah orang yang amat tepat. Bukan saja dia perlahan, namun pergerakannya juga perlahan dan kadang-kala dia juga tidak tajam ketika memasuki selekoh.

"Kita lihat sama ada dia masih mampu untuk mengejutkan kita."

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 03

Aksi Lorenzo ketika masih berlumba bersama pasukan Yamaha

Lorenzo begitupun memuji rakan sepasukan Rossi di Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli yang disifatkan sebagai mempunyai kekuatan mental yang besar.

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 04

"Franco menunjukkan kekuatan mental yang hebat. Sentiasa sukar untuk memulakan Kejuaraan Dunia dengan langkah yang buruk dan kemudian meraih kembali motivasi, tetapi dia melakukannya.

"Dia tahu dia mempunyai jentera yang kurang berkuasa, tetapi perkara itu tidak menganggunya dan dia terus berusaha keras. Dia jelas lebih pantas berbanding Valentino dan Maverick (Vinales)."

Jorge Lorenzo label Rossi 'perlahan' dan 'tak tepat' lagi 05

Pada aksi di Jerez, Morbidelli muncul penyelamat Yamaha apabila menamatkan saingan di tangga ketiga dengan kedudukan 1,2 dirampas pasukan Ducati. - Agensi

Sumber imej: Facebook Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda