window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara!

Haris · Mar 8, 2021 11:59 AM

JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara! 01

Selepas penunggang motor dengan ekzos bising diburu, kini tiba pula giliran pemandu lori. JPJ Negeri Selangor baru sahaja melancarkan Ops Hon yang memburu lori dengan hon lebih satu nada atau hon berirama.

JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara! 02

Gambar hiasan

Operasi ini dijalankan selepas menerima aduan awam yang mendapati penggunaan hon berirama menjadi kegilaan bagi pemandu-pemandu lori. Hon berirama, juga dipanggil ‘hon tenonet’ dipasang secara akseori (retrofit) oleh pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut JPJ Negeri Selangor lagi, penggunaan hon berirama juga boleh menyebabkan kekeliruan kepada pengguna jalan raya lain di samping menggangu ketenteraman awam di kawasan berpenduduk ramai.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pemandu lori bakal dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah 24(i) Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959 iaitu 'memasang hon melebihi satu nada'.  Kesalahan ini boleh didenda maksimum RM 2,000.00 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi 6 bulan di bawah Seksyen 119(1) APJ 1987.

JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara! 01

Bas juga akan dikenakan tindakan, jika didapati bersalah. Gambar hiasan.

Selain itu, kenderaan memasang "hon tenonet" ini juga telah diambil tindakan dengan pengeluaran Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1).

Pemilik kenderaan perlu hadir pemeriksaan di mana-mana Pejabat JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan membuang semula hon berirama yang dipasang dan Notis Penarikan Semula Larangan Penggunaan Kenderaan (PG2) akan dikeluarkan selepas pemeriksaan kenderaan dibuat.

JPJ Selangor kini buru 'hon tenonet' - denda sehingga RM 2k dan 6 bulan penjara! 02

Gambar hiasan

Pihak penguatkuasaan kini semakin giat memerangi kesalahan jalan raya yang berkisar dengan gangguan ketenteraman bermula daripada Ops Ekzos yang dilancarkan PDRM dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar beberapa minggu yang lalu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda