window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k!

Khairil ยท Mar 27, 2023 06:00 PM

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 01

Kawasaki Motor Jepun, baru-baru ini mengumumkan kehadiran semula motosikal bergaya 'kruiser' Kawasaki Eliminator 400 (2023) dan seperti dilaporkan lebih awal menjelang Pameran Motosikal Antarabangsa Bangkok 2023, ia turut membuat debutnya di Thailand.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 02

Tidak seperti Jepun di mana Kawasaki Eliminator 400 (2023) dijual dalam dua varian, hanya satu varian dijual di Thailand bersama pilihan warna tunggal, Metallic Flat Spark Black.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 01

Harga jualan yang diumumkan pula adalah 224,900 baht (RM 28,979).

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 02

Sebagai info, Eliminator bukanlah nama untuk produk baharu Kawasaki dan pernah diperkenalkan pada era 80 dan 90-an sebelum dihentikan sekitar tahun 2007.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 03

Dari sudut rekaan, Kawasaki Eliminator 400 (2023) yang menggunakan kerangka 'trellis' tampak mirip dengan satu lagi model kruiser jenama itu, Vulcan yang menampilkan gaya tunggangan santai 'easy rider'.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 04

Di bahagian trenkuasa, Kawasaki Eliminator 400 (2023) dijana enjin bersesaran 399 cc, 2 Silinder Parallel-Twin, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 05

Dikatakan menggunakan enjin yang sama seperti Kawasaki Ninja 400 dan Z400, kuasa yang dihasilkan Kawasaki Eliminator 400 (2023) adalah 47 Hp pada 10,000 rpm dan tork 37 Nm pada 8,000 rpm.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 06

Tiba dengan berat 176 kg, Kawasaki Eliminator 400 (2023) jelas jauh lebih ringan berbanding antara pencabarnya termasuk Honda Rebel 500 (191 kg) yang membuatkan ia jauh lebih mudah dikendalikan.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 07

Seperti motosikal Kawasaki moden lain, Kawasaki Eliminator 400 (2023) turut menggunakan panel meter digital penuh berbentuk bulat dan lengkap dengan sambungan ke telefon bimbit dan memiliki ciri Kawalan Traksi.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 08

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional 41 mm (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang). Sistem henti menggunakan cakera tunggal 310 mm (depan) dan cakera 240 mm (belakang) dengan kaliper 2 piston dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Informasi penting lain adalah seperti ketinggian pelana 735 mm, kapasiti tangki bahan api 12 liter dan set roda bersaiz 130/70-18 (depan) dan 150/80-16 (belakang).

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 09

Dan apa yang menarik adalah kerana Kawasaki meletakkan angka 400 di belakang label Eliminator, ada kemungkinan ia mungkin dihasilkan dalam versi sesaran berbeza selepas ini.

Kawasaki Eliminator 400 (2023) buat kemunculan di Thailand, kruiser moden, harga RM 28.9k! 10

Di pasaran tempatan, Kawasaki Malaysia baru saja melancarkan semula Kawasaki Vulcan S dengan nama Modenas Vulcan S ABS pada harga pengenalan RM 36,500 (asas).

Sumber imej: FB Kawasaki Motors Thailand

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda