Kawasaki KLX150SM (2024) lancar di Indonesia, ganti D-Tracker 150, harga mula RM 10.7k!
Khairil · Mar 17, 2023 12:30 PM
Kawasaki Motor Indonesia (KMI) secara rasmi memperkenalkan versi terbaharu motosikal lasaknya dikenali Kawasaki KLX150SM (2024), model yang dilancarkan bagi menggantikan model Kawasaki D-Tracker 150.
Kawasaki KLX150SM (2024) SE
Sebagai info, perubahan nama model berkenaan menurut KMI adalah sebahagian daripada perancangan Kawasaki di peringkat global di mana semua model dalam segmen 'dual-purpose' dijenamakan semula sebagai siri KLX.
Kawasaki KLX150SM (2024) Standard
Tidak seperti siri KLX150 yang lebih awal dilancarkan yang lebih ganas, Kawasaki KLX150SM (2024) sama seperti D-Tracker 150 yang bergaya Supermoto atau Motard di mana ia turut sesuai digunakan di laluan tarmac.
Dua pilihan varian ditawarkan KMI untuk Kawasaki KLX150SM (2024) iaitu Standard dan SE (Special Edition).
Kawasaki KLX150SM (2024) Standard
Harga : Rp. 36,900,000 (RM 10,773) Atas Jalan (OTR) Jakarta
Pilihan warna: Firecracker Red/Ebony
Kawasaki KLX150SM (2024) Standard - Firecracker Red/Ebony
Kawasaki KLX150SM (2024) SE
Harga : Rp. 39,500,000 (RM 11,532) Atas Jalan (OTR) Jakarta
Pilihan warna: Ebony, Aquarius Green/Ebony, Battle Gray/Ebony, Neon Green/Ebony
Kawasaki KLX150SM (2024) SE - Battle Gray/Ebony
Selain pilihan warna yang lebih banyak, varian SE turut datang dengan aksesori seperti 'Hand Guard', 'Skid plate' dan pelindung 'frame'.
Menggunakan platform KLX150 terbaru, Kawasaki KLX150SM (2024) tampil dengan rekaan dan perincian sedikit berbeza berbanding D-Tracker 150.
Kawasaki KLX150SM (2024) SE - Neon Green/Ebony
Di bahagian roda, ia menggunakan tayar jenis 'on-road' bersama rim bersaiz 17 inci. Untuk mengekalkan gaya lasak, penggunaan rim jejari dikekalkan.
Selain itu, pembaharuan lain adalah seperti penggunaan fork jenis terbalik (USD) dari Showa yang jarak 'trave;' lebih panjang (175 mm daripada 150 mm), penggunaan lampu depan LED dan panel meter digital LCD.
Tiada perubahan membabitkan spesifikasi trenkuasa dengan motosikal ini dipacu enjin bersesaran 144 cc, 4 Lejang, Penyejuk Udara, Karburator, SOHC yang digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihasilkan adalah 12 PS pada 8,000 rpm dan tork 11.3 Nm pada 6,500 rpm.
Kawasaki KLX150SM (2024) SE - Aquarius Green/Ebony
Informasi penting lain adalah seperti berat 118 kg, kapasiti tangki bahan api 6.9 liter, penghidup elektrik/penendang, jarak lega bumi 300 mm dan ketinggian pelana 800 mm.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen