window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022

Faisal ยท Mar 7, 2022 07:00 PM

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 01

Oleh kerana jenama pengeluar kereta China seperti GWM dan MG semakin hangat di Thailand, Dongfeng Sokon (DFSK) berhasrat untuk melancarkan dirinya buat sekali lagi. Uniknya, mereka bukan setakat menjual SUV Glory sahaja, malah kenderaan elektrik (EV) Seres juga akan ditawarkan.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 02

Untuk makluman anda, pengedar DFSK di Thailand, EV Primus Co. Ltd. telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan jenama Seres menjelang akhir 2022. Buat masa ini, mereka telah memperlihatkan dua SUV EV kepada pihak media iaitu Seres 5 dan Seres 3.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 01

Berkenaan Seres 5 ataupun Seres SF5, jentera ini adalah hasil gabungan usaha antara DFSK dengan Huawei. Walaupun menggunakan teknologi Huawei seperti Huawei Intelligence Car (HiCar), Huawei Sound dan Huawei DriveOne Three-in-One Electric Drive, ia bukanlah kereta Huawei.

Juga bacaSeres SF5 buatan Huawei diprebiu di Indonesia, jarak pandu 1,000 km, 0-100 km/j hanya 4.7 saat

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 02

Di China, Seres 5 ditawarkan dengan pacuan roda belakang (RWD) atau semua roda (AWD). Varian RWD dikuasakan oleh motor elektrik AC segerak solo (347 PS, 520 Nm). Versi AWD pula dengan 2 motor elektrik (551 PS, 820 Nm). Kedua-duanya hadir dengan pek bateri ion-litium 88 kWj.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 03

SUV elektrik ini hadir dengan port pengecasan AC Type-2 (menyokong sehingga 11 kW) dan pengecasan pantas DC CCS2 yang menyokong sehingga 100 kW.  Untuk yang ini, Seres 5 boleh mengecas dari 0 – 80% dalam masa 30 minit sahaja. Jarak pemanduan dalam kitaran WLTP pula adalah sehingga 430 km.

Kalau anda nak tahu, Seres 5 dilengkapkan enjin 1.5L yang berfungsi sebagai pemanjang jarak pandu sekiranya bateri kurang daripada 20%. Secara tidak langsung, ia mungkin tidak mendapat pengecualian cukai import yang ditawarkan untuk EV di Thailand.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 04

Mengenai Seres 3, model ini adalah alternatif yang lebih mampu milik kepada Seres 5.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 05

Dari segi ukuran, saiz Seres 3 sedikit besar daripada Proton X50 dan Honda HR-V. Di Thailand nanti, ia akan bersaing terus dengan MG ZS EV.

Juga bacaMG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 06

Model di negara Belanda.

Secara teknikal, Seres 3 dikuasakan oleh motor elektrik 3 fasa (163 PS, 300 Nm) dan ia dihidupkan oleh bateri ion-litium 53.6 kWj. Jarak pemanduan di bawah standard WLTP pula adalah 329 km. Mengecas dari soket rumah anda mengambil masa 8 jam tetapi mengecas dari 20% ke 30% hanya memerlukan 30 minit.

Untuk pengetahuan anda, model ini juga menghadirkan enjin 1.5L.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 07

Jadi, di Thailand, ia juga tidak akan mendapat pengecualian cukai EV. Apabila dilancarkan nanti, model ini akan diimport dari China. Secara tidak langsung, Thailand akan menjadi pasaran pandu belah kanan (RHD) pertama buat Seres.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 08

Menurut rakan kami di AutoFun TH, DFSK sudah 10 tahun di Thailand. Asalnya, mereka hanya meletakkan fokus pada kenderaan komersial. Kemudian pada akhir 2021, pengeluar kereta China ini mula menjual SUV seperti DFSK Glory i-Auto dan Glory 560. Kedua-duanya diimport dari Indonesia.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 09

Salah satu pengedar DFSK di Thailand.

Buat masa sekarang, DFSK di Thailand ada 15 bilik pameran dan pusar servis tetapi mereka menyasarkan lagi 15 pengedar. Untuk tahun ini, mereka berhasrat untuk menjual sehingga 1,000 kenderaan. Selain itu, pengedar DFSK di Thailand juga berancang untuk melancarkan 3 model baru dalam masa 2 tahun akan datang.

Kereta berteknologi Huawei, EV Seres akan dilancar di Thailand menjelang akhir 2022 10

Salah satu pengedar Seres di China.

Dengan DFSK yang dilihat sukar untuk menempah nama di hab Asia Tenggara mereka di Indonesia serta nampak seperti tidak wujud di Malaysia, adakah cubaan kali kedua di Thailand ini akan menjadi?

Juga bacaHanya 59 unit DFSK Glory i-Auto dijual di Indonesia setakat tahun ini, Malaysia patut batalkan?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia