window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza

Faisal · Jun 2, 2021 04:00 PM

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 01

Lakaran oleh Spyder7.

Ketika Daihatsu dijual di Malaysia, salah satu model yang begitu menonjol ialah Daihatsu Feroza. Di Jepun, Feroza dijual sebagai Daihatsu Rocky.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 02

Daihatsu Rugger yang asal.

Baru-baru ini, Daihatsu menyatakan bahawa awal tahun 2022, mereka akan melancarkan pesaing Suzuki Jimny yang mana ia dikenali sebagai Daihatsu Rugger. Kalau anda nak tahu, Daihatsu Rugger pernah dijual di Malaysia tetapi sebagai Rocky. Menurut lakaran terkini yang diberi oleh media Jepun, Rugger baharu nampaknya hadir dengan imej retro. Malah bagi kami, ia nampak lebih cun daripada lakaran sebelum ini.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 03

Daihatsu Taft dan Rocky.

Untuk maklumat anda, Rugger adalah nama Daihatsu ketiga yang dihidupkan semula. Sebelum ini, Daihatsu Taft dan Rocky (Perodua Ativa) telahpun dikembalikan semula. Seperti mereka, Rugger yang baru nanti agak berbeza dengan model sebelum ini.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 04

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti Jimny, Daihatsu Rugger baharu juga akan dibina sebagai kereta kei. Di Jepun, Suzuki Jimny ditawarkan dengan enjin 660cc turbo 3 silinder. Varian Sierra yang lebih lebar pula menggunakan enjin 1.5L 4 silinder. Ini adalah satu-satunya enjin yang ditawarkan di pasaran luar negara.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 01

Menurut media yang sama juga, Rugger baharu mungkin dikuasakan oleh enjin aspirasi natural 660cc 3 silinder yang ada pada Daihatsu Taft. Asas platform DNGA juga tidak terkecuali.

Juga bacaDaihatsu Taft: Adik D55L tonjolkan kekebalannya dengan ciri offroad

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 02

Apa yang menarik pada lakaran terbaru ini ialah tulisan Daihatsu asal yang terpampang megah di gril depan. Untuk pengetahuan anda, sentuhan ini diilhamkan dari Daihatsu Feroza/Rocky yang mana ia ada di pasaran Malaysia suatu ketika dahulu.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 03

Tidak cukup dengan itu, elemen warna pada bahagian sisi belakang juga adalah sama seperti Feroza yang mana bumbungnya boleh dibuka.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 04

Apapun, kita perlu menunggu imej yang rasmi dari Daihatsu untuk menjawab segala persoalan yang ada.

Lakaran Daihatsu Rugger 2022 – pesaing Suzuki Jimny dengan unsur Feroza 05

Malangnya, model ini tidak akan ada kembar dari Perodua kerana enjin dan saiznya tidak sesuai dengan pasaran kita. Walau bagaimanapun, apa pandangan anda tentang Daihatsu Rugger?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda