window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana?

Faisal · Sep 30, 2020 06:10 PM

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 01

Kita telah melihat pelbagai kenderaan yang menyalakan lampu kecemasan sewaktu memandu dalam keadaan hujan lebat atau rebut petir. Ia dipercayai memudahkan untuk dilihat oleh kenderaan lain.

Namun begitu, terdapat beberapa isu apabila anda memandu dalam keadaan lampu kecemasan menyala. Antaranya ialah:

  • Lampu kecemasan akan mematikan fungsi lampu insyarat. Oleh itu, pemandu lain tidak boleh mengetahui sekiranya anda ingin pusing ke kiri atau kanan.
  • Kereta di belakang akan berfikir bahawa anda sedang berhenti. Mereka mungkin akan berhenti atau mengelak ke lorong lain secara mengejut.
  • Ia boleh mengakibatkan kesesakan kerana ramai pemandu akan brek tanpa sebab apabila melihat lampu kecemasan.
  • Ia menyukarkan pemandu lain untuk menilai jarak kereta anda dengannya.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk pengetahuan anda, tiada undang-undang yang mutlak terhadap penggunaan lampu kecemasan.

Laporan akhbar The Sun pada Januari 2017 turut berkata bahawa Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 tidak menyatakan langsung tentang kesalahan penggunaan lampu kecemasan.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 01

Sekiranya anda melihat buku sekolah memandu, ia hanya menyatakan tentang “garis panduan”. Ia menyatakan bahawa lampu kecemasan hanya boleh digunakan sewaktu kenderaan berhenti sepenuhnya terutama di laluan kecemasan.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 02

Panduan ini cukup jelas namun ia hanyalah sebagai panduan tanpa sebarang undang-undang yang khusus.

Bagaimana dengan negara lain?

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 03

Berdasarkan Road Vehicle Lighting Regulation 1989 di negara UK, penggunaan lampu kecemasan adalah dilarang sama sekali kecuali untuk memberikan amaran bahaya kepada pemandu lain seperti halangan jalan raya.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 04

Di Australia pula, memandu dalam keadaan lampu kecemasan dinyalakan adalah satu kesalahan. Hanya kenderaan yang berhenti atau merangkak yang dibenarkan. Menariknya, pemandu boleh menyalakan lampu kecemasan sekiranya mereka menggunakan kenderaan sendiri untuk menjual produk seperti ais krim yang akan menarik tumpuan kanak-kanak.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 05

Di negara Singapura, Akta Lalu Lintas tidak menyatakan sebarang perkara mengenai penggunaan lampu kecemasan. Ia hanya menjelaskan maksud lampu kecemasan.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 06

Lampu kecemasan patut dinyalakan apabila berhenti di lorong kecemasan

Di negara yang besar seperti Amerika Syarikat, sebahagian daerah membenarkan lampu kecemasan digunakan manakala sebahagian lagi melarang sama sekali.

Nampaknya, undang-undang lampu kecemasan berlainan mengikut negara. Baru-baru ini, terdapat amaran keras terhadap penggunaan lampu biru ais yang cukup silau dan mengelirukan pengguna.

Lampu kecemasan: Tiada undang-undang khusus? Di Malaysia bagaimana? 07

Gunakan lampu kecemasan untuk memberi amaran awal kepada pemandu lain sekiranya terdapat halangan di jalan raya supaya mereka sempat bertindak

Kami hanya boleh menyarankan orang ramai untuk berwaspada dan bertolak ansur dalam menggunakan ciri keselamatan yang diberi supaya kemalangan jalan raya dapat dielakkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda