window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya

Mersita ยท Apr 7, 2021 06:00 PM

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 01

Seorang wanita yang dikenali sebagai Michelle Tai di akaun Facebooknya telah memuatnaik satu posting di media sosial menceritakan detik-detik cemas yang dialaminya semasa diserang oleh seorang penunggang motosikal di sekitar Kondominium You Vista, Taman Suntex, Cheras.

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 02

Menurut posting tersebut, pada 4 April sekitar 1.30 a.m., mangsa sedang dalam perjalanan balik ke rumah dan memarkir keretanya di kawasan kedai berhampiran You Vista Apartment.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ketika sedang mengemudi keretanya masuk ke dalam lot parkir, saspek iaitu seorang lelaki yang menunggang motosikal sudahpun berada di hadapan kereta di sebelah kanannya. Tingkap kereta sebelah pemandu ketika itu terbuka.

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 01

Lelaki berkenaan didakwa berkata, “Saya nak (?) dengan awak,” dalam nada kurang jelas. Mangsa sedar dirinya dalam bahaya lalu menutup tingkap kereta serta-merta.

Kemudian, saspek dikatakan mula menghampiri cermin kereta sebelah pemandu dan mula bertindak seperti mahu menunjukkan anggota badan sulitnya, kerana saspek memegang tali pinggang seluarnya seolah-olah mahu membukanya sambil mengangkat-angkat dagunya dengan gaya provokatif.

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 02

Mangsa yang ketakutan terus mengeluarkan telefon bimbitnya untuk merakam kelakuan lelaki berkenaan dan perkara pertama yang dilakukan oleh saspek ialah memalingkan mukanya serta menurunkan visor topi keledarnya.

Kemudian, saspek naik berang lalu menengking mangsa dari sebelah luar kereta sambil menunjukkan aksi menumbuk. Rakaman dibuat mangsa juga memperlihatkan saspek cuba untuk membuka pintu kereta yang berkunci.

Saspek kemudiannya mengeluarkan satu alat dari motosikalnya sebelum memecahkan cermin kereta sebelah pemandu. Saspek bergelut dengan mangsa untuk merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam video di atas. Mangsa mendakwa rambutnya disentap dengan kuat dan ditarik seperti mahu mengheretnya keluar daripada kereta. Mangsa menjerit sekuat hati meminta pertolongan.

Selain dari itu, mangsa juga mendakwa bahagian tengah pehanya disentuh saspek namun ingatannya agak kabur dikala kekalutan itu. Setelah gagal mendapatkan telefon bimbit mangsa, saspek cabut lari.

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 03

Suara jeritan mangsa didengari oleh pengawal yang berada di pondok jaga kondominium berkenaan, namun pengawal itu mengatakan yang mereka tidak datang menyelamatkan mangsa kerana “kekurangan tenaga kerja” dan kawasan parkir itu bukan di bawah seliaan mereka.

Kawasan parkir itu juga dikatakan tidak dipantau kamera litar lintas (CCTV).

Lelaki pecah cermin kereta, serang wanita yang merakam aksi tak senonohnya 04

Mangsa telahpun membuat laporan polis berserta semua bukti yang dikumpul dan ditemani ahli keluarganya. Diharap saspek berjaya dikesan secepat mungkin sebelum orang lain menjadi mangsa gangguan seksual.

Bagi para wanita di luar sana, jaga keselamatan diri anda semasa memandu dan elakkan parkir di tempat sunyi.

Sumber: Facebook

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda