window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia!

Haris · Mar 27, 2023 01:00 PM

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 01

Sekiranya anda berminat untuk SUV elektrik kompak premium setaraf Mercedes-Benz EQA, maka Lexus UX 300e baharu adalah alternatif yang sama bagus. Dirancang untuk pelancaran Malaysia pada tahun ini, Lexus UX 300e merupakan SUV elektrik kompak mampu milik... bagi jenama Lexus.

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 02

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kami menerima gambaran awal Lexus UX300e di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-44 (BIMS 2023) yang sedang berlangsung dan merasakan bahawa Lexus UX 300e ini adalah satu model yang harus ditunggu.

Model spesifikasi Malaysia mungkin hadir sedikit berbeza tetapi ciri kelengkapan yang dipertontonkan ini memberi petanda baik - hadir dengan lampu depan tri-LED, jalur lampu di bahagian belakang, dan set alat bantuan pemandu canggih Lexus Safety System Plus.

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 01

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 02

Di dalam kabin yang dilapisi kulit, terdapat kluster instrumen digital sepenuhnya yang jelas, pengecas nirwayar, dan skrin sentuh infotainment 10.3-inci disertakan bersama Apple CarPlay dan Android Auto.

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 03

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 04

Menambah kemewahan yang menyelubungi kabin dalaman adalah sistem bunyi keliling Mark Levinson 13-pembesar suara; kombo yang sempurna untuk suatu perjalanan yang serba tenang di dalam Lexus, kan?

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 05

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 06

Untuk pengetahuan anda, Lexus UX 300e dibangunkan di atas platform GA-C (platform TNGA versi Lexus), dan SUV itu sendiri diperhalusi di Pusat Teknikal Toyota di Shimoyama - "Nuburgring mini" yang turut sama membentuk model prestasi seperti Toyota GR Yaris dan Toyota GR Corolla.

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 07

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 08

Oleh itu, di samping menerima dinamik pengendalian yang lebih baik, kuasa elektrik harus menambah lapisan keselesaan lain melalui pemanduan yang tenang. Falsafah Lexus ini mungkin akan meletakkannya sedikit di hadapan pesaing Mercedes-Benz EQA.

Baca: Rebiut: Mercedes-Benz EQA 250 - Satu-satunya SUV elektrik mewah yang layak dipertimbangkan?

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 09

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 10

Menyalurkan kuasa adalah motor elektrik 204 PS/300 Nm yang terletak di gandar hadapan, disambungkan ke bateri litium-ion (Li-Ion) 54.4 kWh. Dengan satu cas penuh, jarak gerak 315 km (ujian WLTP) mampu dicapai dan apabila memerlukan, ia boleh dicaj menggunakan dengan pengecas pantas DC 50kW (CHAdeMO), atau pengecasan Type 2 AC.

Lexus UX 300e - pesaing EQA, SUV elektrik mampu milik ini dalam perjalanan ke Malaysia! 11

Harganya? THB 3,490,000, atau kira-kira bersamaan dengan RM 505k. Harga ini tidak begitu mencerminkan harga yang bakal dikenakan di Malaysia kerana pada masa ini Malaysia masih dalam insentif cukai untuk EV.

Justeru, harga Lexus UX 300e mungkin berlegar di tahap yang lebih mampu milik, setanding tanda harga Mercedes-Benz EQA iaitu RM 296,000 misalnya.

Baca: UMW Toyota bakal lancar 2 model EV di Malaysia bermula 2022 – Lexus UX 300e & Toyota bZ4X?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Lexus UX 200 Urban

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia