window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati

Khairil · Jun 7, 2023 05:30 PM

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 01

Ducati nampaknya tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pelumba bintang Sepanyol, Marc Marquez di MotoGP dan ia disuarakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Claudio Domenicali.

Marquez yang juga juara dunia MotoGP enam kali kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Ducati selepas kontraknya bersama Honda dijadual berakhir pada penghujung musim 2024.

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 02

Marc Marquez

Dan terbaharu, pandangan sama turut dinyatakan oleh bekas rakan sepasukannya di Honda, Jorge Lorenzo.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lorenzo yang juga juara dunia lima kali mendakwa Ducati akan cuba 'memancing' Marquez dan antara daya penarik syarikat pengeluar motosikal Itali itu adalah jentera yang kompetitif bagi pelumba itu memburu kejuaraan dunia ketujuh.

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 01

Claudio Domenicali

Memetik laporan Sky, Domenicali berkata: “Perkara ini bagus kerana mereka membuatkan orang bercakap mengenainya, seperti di bar sukan. 

"Tetapi saya fikir ia bukan perkara yang betul bagi kami. Kami memiliki sekumpulan pelumba yang menakjubkan yang kami hasilkan sendiri.

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 02

“Bakat yang dimiliki Francesco Bagnaia adalah gila, dia dipandang rendah, dia masih melakukan beberapa kesilapan tetapi dia berada di sana. Jika dia tidak melakukan kesalahan, kamu mungkin sudah bercakap mengenai satu lagi kejuaraan.

"Tetapi bukan saja Pecco (Bagnaia) saja yang kami ada, kami juga mempunyai Enea Bastianini, Jorge Martin, pelumba yang menjadi ikutan ramai orang muda.

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 03

“Marquez seorang yang amat berbakat, dia tidak perlu membuktikan apa-apa lagi kepada sesiapapun. Tetapi Ducati membina kekuatan daripada cara kerja kami bersama pelumba-pelumba kami.

"Semangat kekeluargaan adalah ciri kami, hari ini kami selesa seperti ini dan kami akan meneruskan seperti ini. Keputusan memberikan kami alasan," katanya.

'Marc Marquez bukan pilihan terbaik Ducati di MotoGP' - CEO Ducati 04

Sekalipun berjaya meraih enam kejuaraan dunia MotoGP bersama Honda, kegagalan pasukan itu untuk menghasilkan jentera yang mempunyai kualiti mencabar kejuaraan dunia terus mencetuskan spekulasi membabitkan masa depan Marquez.

Dan di usia 30 tahun, sekali pun masih berpotensi, masa dilihat semakin suntuk buat Marquez di mana rekod kecederaannya mulai menggunung. Ketika ini, Marquez ketinggalan 82 mata di belakang pendahulu, Bagnaia menuju Grand Prix Itali, hujung minggu ini.

Sumber imej: FB Marc MárquezDucati Malaysia

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda