window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru!

Khairil ยท May 6, 2021 09:00 AM

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 01

Selepas melancarkan Hayabusa dan GSX-S1000 serba baru tahun ini, pengeluar motosikal terkemuka Jepun, Suzuki terus 'aktif' dan terbaharu, jenama berkenaan mengemaskini pilihan warna bagi jentera 'Adventure' popular mereka V-Storm.

Baca juga: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Untuk varian V-Storm 1050 XT dan 1050 XT Tour, empat pilihan warna baharu diperkenalkan iaitu Metallic Oort Grey/Glass Sparkle Black, Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange, Champion Yellow No.2/Glass Sparkle Black dan Glass Sparkle Black.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 01

Bagi varian standard V-Storm 1050 pula, pilihan warna baharu yang diperkenalkan ialah Candy Daring Red/Glass Sparkle Black.

Kesemua varian ini turut mendapat corak grafik berbeza, warna pelapik pelana dan warna rim yang berbeza diantara satu sama lain.

Juga baca:  Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 02

Metallic Oort Grey/Glass Sparkle Black

Sebagai permulaan, bagi pilihan warna Metallic Oort Grey/Glass Sparkle Black, corak grafik yang diberikan adalah berwarna kelabu dan biru, pelapik pelana berwarna kelabu dan rim jejari berwarna biru.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 03

Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange

Untuk pilhan warna Pearl Brilliant White/Glass Blaze Orange pula, ia mengambil inspirasi daripada model DR750 yang popular iaitu gabungan warna jingga dan putih.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 04

Champion Yellow No.2/Glass Sparkle Black

Pilihan warna Champion Yellow No.2/Glass Sparkle Black (kuning) pula mendapat inspirasi daripada jentera motocross RM-Z dan dipadankan dengan warna tangki minyak berwarna hitam dengan rim jejari berwarna emas.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 05

Glass Sparkle Black

Bagi pilihan Glass Sparkle Black, corak grafiknya berwarna kelabu dan emas bersama rim jejari juga berwarna emas.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 06

Istimewa bagi varian V-Strom 1050XT Tour, selain pilihan warna baharu, ia turut dipadankan dengan tiga kotak bagasi aluminium bersaiz 112 liter.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 07

V-Storm 1050

Dari sudut spesifikasi, kesemua varian V-Storm 1050 menggunakan trenkuasa yang sama iaitu enjin bersesaran 1037 cc, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, DOHC, V Twin yang mampu menghasilkan 105 Hp pada 8,500 rpm dan tork 100 Nm pada 6,000 rpm.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 08

Ia turut dibekalkan dengan pelbagai perkakasan elektronik canggih seperti '3 Selectable Engine Maps', 'Traction Control' dengan tiga pilihan mod, 'Lean Angle-Sensitive ABS' dengan 2 mod, 'Linked Brakes with Slope', 'Load-dependent control & hill hold' serta Kawalan Jelajah.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 09

Varian standard 1050 juga dibekalkan dengan ciri-ciri elektronik yang sama dengan perbezaannya adalah penggunaan rim aluminium dan tiada bar penghalang enjin dan pelindung terotel.

Menarik, Suzuki V-Strom 1050/1050XT/1050XT Tour 2021 dikemaskini dengan pilihan warna baru! 10

Di pasaran UK, Suzuki V-Strom 1050 dijual pada tanda harga £ 9,999 (RM 57,213) dan 1050XT pada harga £ 11,599 (RM 66,368) manakala untuk XT Tour adalah £ 12,799 (RM 73,234).

Sumber: Visordown

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda