Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu!

Zamil Syaheer · Jun 12, 2021 02:00 PM

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 01

Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton Tiara pada 5 April 1996, model baru hasil kerjasama Proton-Citroen dalam satu upacara gilang gemilang di Pusat Dagangan Putra Dunia di sini.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 02

Model Tiara 1.1 liter itu akan mempunyai segmen pasarannya tersendiri kerana ia akan memenuhi permintaan yang tidak pernah didapati oleh model-model Perodua Kancil 0.6 liter dan Proton Iswara, Wira dan Satria 1.3 liter.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 01

Model Proton Tiara itu yang mempunyai lima tempat duduk dan lima pintu adalah projek bersama Usahasama Proton-DRB (USPD) dan Citroen Automobile Industry. Menurut Usahasama Proton DRB (USPD), pelancaran komersilnya akan diadakan pada awal Mei.

Selain daripada model 1.1 liter, USPD akan juga memperkenalkan dua lagi versi, iaitu model diesel 1.5 liter pada September dan model enjin pancitan 1.4 liter pada tahun depan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 02

Seperti Proton Satria, model 1.1 liter dengan enjin Citroen TU1/K itu dipasangkan oleh Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd di Pekan, Pahang dengan pengeluaran sebanyak 600 unit sebulan.

Menjelang pelancaran komersilnya, antara 1,800 dan 2,000 unit akan siap untuk dijual. Pengeluaran model 1.1 liter and 1.5 liter seterusnya akan mencapai 2,500 unit sebulan.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 03

Enjin 1.1 liter ini mempunyai kelajuan maksima 161 km/j dan ekonomi bahan bakar yang mengagumkan, iaitu 5.1 liter/100 km pada kelajuan 90 km/j secara konsisten. Proton Tiara mencatatkan masa 0-100 km/j dalam masa 15.6 saat.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 04

Yang hadir pada upacara itu ialah Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan ketua pegawai eksekutif USPD, Abdul Rashid Rahim.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 05

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Rashid berkata syarikat itu menjangka dapat menjual "beberapa ribu" unit model 1.1 liter dalam masa seminggu selepas ia dibuka untuk tempahan. Pada masa itu, Proton menerima 1,000 unit pertanyaan minat untuk membeli.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 06

Kereta pertama akan diserahkan pada 1 Mei, katanya. Beliau berkata model 1.1 liter boleh diperolehi dalam tujuh warna antaranya biru metalik, hijau, merah, kuning, perak, dan kelabu.

Rashid berkata enjin diesel untuk model 1.5 liter akan diperkenalkan pada Oktober manakala versi automatik sedang dibuat.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 07

Kilang pemasangan Proton Tiara. Imej oleh Zulnairi Zakaria.

Sebanyak RM20 juta dibelanjakan untuk mewujudkan barisan pengeluaran yang berasingan untuk Proton Tiara. Seorang pegawai Usahasama Proton DRB Sdn Bhd (USPD) berkata barisan pengeluaran yang asing harus dibina untuk di Kilang Automotive Manufacturers (Malaysia) Sdn Bhd di Pekan, Pahang. Kilang yang sama ini juga menghasilkan Proton Satria.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 08

Citroen juga telah memberikan hak kepada Proton untuk mengedarkan kereta dan alat ganti di pasaran eksport lain yang diluluskan dengan logo Proton. USPD, di sisi lain, telah diberi hak untuk memasang, menjual dan servis kenderaan untuk Proton.

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Tiara pada April 1996, 25 tahun yang lalu! 09

Harga Tiara diatas jalan bermula pada RM 34,912.39, sementara model yang mempunyai aksesori pilihan pula berharga RM 36,892.39. 

Inilah serba serbi dari pelancaran Proton Tiara. Apa pendapat anda? Mahukah anda mahu nama Tiara itu kembali?

Juga baca: Lakaran: Proton Tiara baru – bakal mengungguli Perodua Axia?

Sumber imej: Jabatan Penerangan
Sumber maklumat: BERNAMA

Juga baca:

Mengimbau kenangan: Debut rasmi Proton Waja pada Mei 2000, 21 tahun yang lalu!

Mengimbau kenangan: Pelancaran rasmi Proton Wira pada Mei 1993, 28 tahun yang lalu!

Proton Putra, Satria GTI dan Wira 1.8 EXI – tiga jaguh Malaysia suatu ketika dahulu

Proton cuba nak lawan Perodua dengan Tiara dan Savvy, tapi gagal! Kenapa?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru