window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Proton Saga cantas Perodua Myvi sebagai kereta terlaris di Malaysia untuk April 2021!

Faisal · May 4, 2021 09:30 AM

Proton Saga cantas Perodua Myvi sebagai kereta terlaris di Malaysia untuk April 2021! 01

Menurut Proton, Perodua Myvi bukan lagi ‘king’. Pembekalan cip semikonduktor yang terhad telah menjejaskan output Perodua untuk model Myvi. Disebabkan ini, Proton Saga telah berjaya merampas takhta jualan.

Menurut mereka, Proton Saga yang terjual sebanyak 5,472 unit telah menjadikannya sebagai sedan segmen A yang paling laris, mengalahkan pesaing pahitnya iaitu Perodua Bezza. Proton turut menegaskan bahawa Proton Saga telah kembali menjulang carta jualan kereta nasional.

Juga bacaBekalan cip semikonduktor berkurang, produksi kereta di Malaysia akan terganggu

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Proton Saga cantas Perodua Myvi sebagai kereta terlaris di Malaysia untuk April 2021! 01

Pada masa yang sama, Proton menjelaskan bahawa bilangan jualan tersebut sedikit kurang berbanding bulan yang sebelumnya, Namun demikian, permintaan untuk model Proton yang paling laris ini tetap tinggi. Malah, ia sudah melebihi unit yang dibekalkan.

Syarikat itu turut menerangkan bahawa mereka teguh dengan maktlamat untuk menaikkan taraf khidmat selepas jualan (after-sales). Selain itu, isu alat ganti yang terhad juga sedang diselesaikan.

Juga bacaMasalah alat ganti Proton berpunca dari sistem IT dalaman, bukan bekalan!

Proton Saga cantas Perodua Myvi sebagai kereta terlaris di Malaysia untuk April 2021! 02

“April yang lalu adalah bulan yang memberangsangkan untuk industri automotif dan selain dari PROTON, beberapa jenama lain juga menikmati bulan terbaik setakat tahun ini. TIV dianggarkan melebihi 56,000 unit kerana semua jenama sedang berusaha untuk memenuhi pesanan penjualan sebelum berakhirnya insentif cukai penjualan PENJANA pada akhir bulan Jun."

Juga bacaPengecualian cukai jualan SST untuk sektor automotif dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021

“Untuk PROTON, kami akan teruskan usaha dalam memenuhi permintaan produk kami yang tinggi di samping mengekalkan tahap kualiti produk. Pada masa yang sama, kami fokus untuk meningkatkan khidmat pelanggan dan menangani masalah berkaitan dengan ketersediaan alat ganti, satu aspek yang sangat penting ketika jumlah penjualan kami sedang meningkat. Kami menjangkakan situasi akan semakin pulih dan kami tetap berusaha keras untuk memendekkan jangka masa itu,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eskekutif, Proton Edar.

Jualan Proton untuk April 2021 adalah seperti berikut:

Jualan Proton, April 2021
Saga 5,472 unit
X50 3,583 unit
Persona 2,266 unit
X70 2,101 unit
Iriz 974 unit
Exora 616 unit
Jumlah 15,017 unit*

*Termasuk Proton Perdana yang telah dihentikan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Proton Saga 1.3 Standard MT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda