window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV

Faisal · Apr 26, 2023 09:39 AM

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 01

  • Berwajah model elektrik EQ dengan teknologi S-Class
  • Perantaraan trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik (EV)
  • Separuh daripada varian adalah hibrid plug-in

Sebentar tadi, Mercedes-Benz E-Class generasi baharu (W214) telah dirasmikan dan menurut mereka, ikon sedan eksekutif buat kali ini diibarat sebagai model perantaraan buat trenkuasa enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik (EV).

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 02

Wajahnya sendiri mirip model elektrik EQ dan profilnya dilihat sebagai satu evolusi kepada generasi terdahulu (W213). Varian AMG Line datang dengan logo besar pada bahagian gril, manakala jenis Exclusive Line menggunakan tiang kemegahan klasik Mercedes-Benz pada bahagian hud. Menariknya, gril depannya boleh menyala dan ciri ini didatangkan sebagai pilihan tambahan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 01

Secara standard, lampunya menggunakan jenis LED tetapi jenis Digital Light hadir sebagai opsyen. Lampu belakangnya sendiri ada motif logo Mercedes-Benz dalam grafik bersegi tiga.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 02

Untuk Eropah, separuh daripada penawaran E-Class baharu dikuasai enjin hibrid plug-in (PHEV), manakala yang lain melalui unit hibrid-sederhana (MHEV). Varian MHEV ini dikenali sebagai E200 dan ia menggunakan enjin 2.0L turbo (204 PS, 320 Nm) dengan gandingan penjana penghidup yang memberi kuasa tambahan sebanyak 23 PS dan 205 Nm tork.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 03

Untuk makluman anda, enjin sama juga digunapakai pada varian PHEV tetapi output untuk varian E400e 4Matic mencecah 252 PS dan 400 Nm tork. Ia dibantu oleh motor elektrik 129 PS/440 Nm, sekaligus menghasilkan kuasa sistem sebanyak 381 PS/650 Nm. Varian seperti E300e dan E300e 4Matic pula menghembuskan kuasa 312 PS/550 Nm.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 04

Dari segi teknikal, kapasiti baterinya adalah 25.4 kWj dan jarak pandu elektrik dalam kitaran WLTP adalah 100 km. Pengecasan pantas DC pula menyokong sehingga 55 kW dan pengecasan AC ditetapkan pada 11 kW.

Berkenaan suspensi dan sistem kawalan, terdapat pilihan tambahan jenis udara Airmatic serta stereng roda belakang.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 05

Masuk ke bahagian dalam, terdapat opsyen MBUX Superscreen yang debut pertama kali pada Mercedes-Benz. Ia memaparkan perisian dan infotainment sehingga ke bahagian penumpang. Apa yang hebatnya pada sistem infohibur ini adalah ia ada kamera swafoto dan video yang mana pengguna dikatakan boleh bermesyuarat terus dari dalam kereta.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 06

Lampu pencahayaan dalam kabin pula dinaik taraf kepada jenis Active Ambient Lighting.

Dari segi keselamatan, E-Class generasi baharu dilengkapkan standard dengan ciri Active Distance Assist, Active Lane Keeping Assist dan Speed Limit Assist.

Mercedes-Benz E-Class 2023 serba baru W214 debut - perantaraan trenkuasa enjin ICE dan EV 07

Sebagai tambahan, terdapat pakej Driving Assistance Plus termasuk Active Steering Assist.

Secara amnya, E-Class baharu akan tembus pasaran Eropah dalam tahun ini juga.

Juga bacaMercedes-Benz bakal melancarkan 20 model baharu di Malaysia bagi tahun 2023, termasuk varian EQ dan AMG!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda