window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm

Faisal Β· May 25, 2023 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengenai i5, kesemua varian hadir dengan pek bateri 81.2 kWj yang menawarkan jarak pandu antara 477 – 582 km (kitaran WLTP).

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 01

Varian paling atas iaitu BMW i5 M60 xDrive pula menggunakan dua motor elektrik (AWD) yang menghasilkan output sehingga 601 PS dan 820 Nm tork apabila fungsi M Sport Boost atau M Launch Control diaktifkan.

Teknologi ini membolehkan BMW i5 M60 membuat pecutan 0 – 100 km/j dalam masa sesingkat 3.8 saat sebelum mencecah kelajuan yang dihadkan pada 230 km/j secara elektronik.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 02

Sebagai perbandingan, varian permulaan i5 eDrive40 pula menggunakan motor elektrik belakang yang menghembuskan 340 PS dan 430 Nm tork sekiranya fungsi Sport Boost atau Launch Control diaktifkan. Pecutan 0 – 100 km/j pula mengambil masa 6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi pada 193 km/j.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 03

Menjadi kereta elektrik, BMW i5 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW, dan 22 kW sebagai pilihan tambahan. Pengecasan pantas DC pula sehingga 205 kW.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 04

Untuk BMW 5 Series G60 pula, kesemua varian telah dielektrifikasi dengan teknologi hibrid-sederhana (MHEV) 48V dan ia ditawarkan melalui varian 520i dan 530i, masing-masing dengan enjin 2.0L turbo sama.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 05

Kalau anda nak tahu, enjin itu sendiri dikatakan menggunakan falsasah kumpulan BMW Group Efficient Dynamics dari generasi modular baru dan ia hanya akan ditawarkan di beberapa pasaran sahaja. Varian 520i menghasilkan 208 PS dan 330 Nm tork, manakala 530i pula sehingga 258 PS dan 400 Nm tork.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 06

Tahun 2024 nanti, dua varian hibrid plug-in (PHEV) dengan jarak pandu elektrik sehingga 100 km akan tiba. Dalam konteks ini, varian 530e menggunakan enjin 2.0L turbo, manakala 530e akan hadir dengan enjin 3.0L turbo 6-silinder sebaris.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 07

Kesemua varian yang ada enjin menggunakan transmisi automatik 8 kelajuan.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 08

Antara perbezaan BMW 5 Series G60 dengan i5 adalah ruang but yang lebih kecil iaitu 490 liter untuk i5 (520 liter untuk varian berenjin).

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 09

Masuk ke bahagian dalam, 5 Series G60 dan i5 menampilkan skrin melengkung yang merangkumi kluster digital 12.3 inci dan infotainment 14.9 inci. Ia menggunakan sistem operasi 8.5 terkini dari BMW.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 10

Lampu ambient lighting untuk generasi kali ini pula dinaik taraf kepada jenis β€œInteraction Bar” dan terdapat banyak sentuhan berbentuk kristal serta kawalan pelaras jenis sesentuh.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 11

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 12

Beralih ke aspek keselamatan, ADAS pada BMW 5 Series G60 dan i5 menampilkan satu inovasi melalui teknologi Active Lane Change Assistant di mana ia turut mengesan arah mata pemandu dan secara automatiknya boleh menukar lorong atau memotong apabila keadaan persekitaran selamat untuk dibuat sedemikian.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 13

Apapun, ciri ini akan hadir di pasaran Jerman, Amerika dan Kanada terlebih dahulu. Antara ciri semi-autonomi yang ada termasuklah Parking Assistant Plus yang menyimpan input pemandu untuk 50 meter terakhir. Alternatifnya, pemandu juga boleh mengawal kenderaan menggunakan aplikasi My BMW di iPhone.

BMW 5 Series 2023 serba baharu G60 dan EV i5 debut global; MHEV, PHEV & EV - cecah 601 PS/820 Nm 14

Secara amnya, BMW 5 Series G60 dan BMW i5 akan dilancarkan di Eropah pada Oktober 2023.

Juga bacaModel elektrik 7 Series - BMW i7 EV dilihat tanpa samaran di Malaysia, varian xDrive60 M Sport!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 BMW 5 Series 530e M Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda