window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik?

Haris · Aug 10, 2022 06:00 PM

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 01

SAIC Motor, konglomerat automotif terbesar di China melalui anak syarikatnya MG telah mendedahkan sedan terbaharu mereka MG7. Model ini merupakan model penting SAIC Motor MG dan disasarkan untuk menjadi pesaing kepada model fastback seperti Audi A7 dan Mercedes-Benz CLA.

MG7 juga merupakan produk pertama di bawah lencana Black Label, di mana label itu akan membawakan produk-produk dengan rekaan berprestij dengan teknologi terkini - 2 ciri utama yang mahu dipasarkan.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tampil sebagai sedan sport, MG7 generasi baharu ini akan menggayakan logo MG dalam warna hitam, rekaan yang agresif siap spoiler didakwa mampu naik-turun secara automatik serta spesifikasi enjin yang menyedapkan telinga; forced induction.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 01

Rekaan fastback yang diaplikasikan memperlihatkan struktur badan kenderaan yang lebih berotot. Ia juga elegen dengan hanya mengenakan velg 5-jejari 2 tona bagi menunjukkan pengapit brek cakera berwarna merah dengan lebih jelas. Hal ini bertujuan supaya pemilik tidak perlu bersusah payah menukar "kasut baru" selepas membeli kereta ini.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 02

Tugas pencahayaan digalas oleh lampu depannya yang kelihatan menggunakan LED projektor lengkap dengan lampu sian LED DRL berbentuk runcing yang futuristik. Lampu ini juga dilihat mengalir selari dengan garis badan yang dilihat seperti urat pada otot.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 03

Dari segi dimensi, MG7 berukuran 4,884 mm panjang, 1,889 mm lebar dan 1,447 mm tinggi. Secara fizikal, ini menjadikannya 85 mm lebih pendek daripada Audi A7 atau 104 mm lebih pendek daripada Mercedes-Benz CLS. Ia juga jauh lebih besar daripada Civic yang meletakkannya lebih dekat (-17 mm panjang, +27 mm lebar, -3 mm tinggi) dengan Accord.

Dalam imej acah yang diterbitkan di Weibo ini, MG tidak mendedahkan banyak butiran mengenai model itu tetapi mengesahkan ia akan tersedia dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 04

Seperti yang dilaporkan oleh Car News China, varian 405 VTGI Trophy seperti yang digambarkan akan menghasilkan 257 PS dan 405 Nm tork, agak mengagumkan dengan enjin 2.0 liter turbocaj yang dipadankan dengan transmisi automatik ZF 9-kelajuan.

Baca: Saiz Honda Civic, harga City - MG5 GT 2022 dipamerkan dengan penuh gaya di Pameran Motor Bangkok

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 05

Selain itu, terdapat juga varian yang lebih rendah iaitu 300 VTGI dengan enjin 1.5 liter pengecas turbo daripada MG6 yang lebih kecil. Enjin ini juga mampu menghasilkan sehingga 185 PS dan 300 Nm tork, dipadankan dengan transmisi automatik DCT 7-kelajuan.

Terdapat juga varian hibrid plug-in yang lebih berkuasa dijangka akan diperkenalkan pada pertengahan tahun 2023.

MG7 generasi baharu bakal dilancarkan, gaya setanding Audi A7 atau Panamera pada harga mampu milik? 06

Debut rasmi MG7 adalah pada 17 Ogos 2022 akan datang. Harga rasmi belum diumumkan tetapi kereta dari China tentunya menawarkan harga yang memotong pengeluar premium lain. 

Jika anda tidak tahu, jenama MG sudah menjengah secara rasmi di Thailand yang membawa model seperti MG5 sebagai taruhan. Jenama itu juga pernah tiba di Malaysia dalam satu pendedahan model dan jenama paling aneh pernah dilihat namun sehingga hari ini masih belum terdapat sebarang khabar berita.

Baca: MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda