window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora

Faisal · Jan 13, 2023 03:00 PM

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 01

BMW Group Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Pentas Flora melalui sesi menandatangan Memorandum of Understanding (MoU). Majlis itu turut didahulukan dengan perbincangan mengenai Environmental, Social and Governance (ESG) yang dihoskan oleh BMW.

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 02

Dari kiri ke kanan: Matthias Schlesiger - CEO BMW Group Financial Services Malaysia, Hans de Visser - Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Ng Chai Heng - Pengarah Teknikal Pentas Flora.

Kata Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, “Untuk kami di BMW Malaysia, visi untuk kelestarian adalah jelas. Bagi membendung perubahan iklim, kami akan memasikan bahawa strategi Circular dan Responsible ini kena dengan matlamat untuk mencapat neutraliti iklim menjelang 2050”.

“Dalam berbuat demikian, kami akan mengetengahkan cita-cita global BMW melalui konteks lokal. Dalam masa yang sama, kami berharap ia dapat memberi inspirasi kepada peneraju industri di Malaysia untuk meletakkan ESG sebagai keutamaan dalam membuat apa-apa keputusan untuk 2023”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 01

CEO BMW Group Financial Services Malaysia, Matthias Schlesiger menambah, “Memandangkan kita kini ke arah kelestarian, kami telah mencari rakan yang kongsi matlamat sama dan Pentas Flora iaitu pelanggan jangka masa lama untuk BMW Group Financial Services Malaysia telah menjadi rakan kelestarian ideal kami”.

“Pada 2021, kami memulakan inisiatif ini dengan rangkaian pengedar lokal untuk mengutip sisa minyak dan bendalir dari pusat servis supaya boleh dikitar semula menjadi minyak ekologi”.

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 02

Eksekutif Direktor Kumpulan Pentas Flora, Oon Kin Seng berkata, “Kerjasama ini amat penting dalam memelihara alam sekitar supaya elemen yang merosakkan boleh dibuang secara betul”.

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 03

Gambar

Setakat ini, hampir 30,000 liter sisa minyak dan bendalir telah dikutip dari empat pengedar BMW di sekitar Lembang Klang. Ia diproses di kilang penapis Pentas Flora di Banting untuk menjadi minyak asas eko yang ditapis (EBO). Minyak ini akan diserahkan kepada sektor automotif semula.

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 04

Gambar

Minyak enjin terpakai dan bahan sisa dari BMW anda akan dikitar semula oleh Pentas Flora 05

Gambar

Secara teknikal, usaha bersama ini yang terjalin ini adalah untuk menerima lebih banyak lagi penyertaan dari pengedar BMW di seluruh negara. Dalam masa yang sama, pemain industri boleh mengambilnya sebagai contoh dalam memastikan sisa tidak terbuang ke alam sekitar.

Juga bacaBMW Malaysia hantar 11,855 kereta pada 2022, rangkul 45 peratus syer pasaran dan posisi No. 1

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda