window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia!

Zamil Syaheer ยท Feb 22, 2021 05:00 PM

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia! 01

Semalam, kumpulan vaksin pertama Pfizer-BioNTech Covid-19 telah tiba secara rasmi di Malaysia. Tetapi apa yang menarik minat kami ialah kemunculan semula Mitsubishi Lancer Evolution X yang digelar sebagai Helang Lebuhraya Polis.

Agak lama kita tidak mendengar cerita ataupun melihat kelibat Evo X milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), betul tak?

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada tahun 2008, PDRM telah membeli 25 unit Mitsubishi Lancer Evolution X yang digelar sebagai Helang Lebuhraya Polis (Police Highway Eagles). Peranan utama kereta berprestasi tinggi ini untuk kerja mengejar dalam kelajuan tinggi, kes menculik, rampasan kenderaan, atau pengiring VIP.

Ia menggunakan enjin 2.0 liter 4 silinder bercas turbo 4B11T yang menghasilkan 295 PS dan 366 Nm, dipadankan ke transmisi 5 kelajuan manual dan pacuan semua roda.

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia! 01

Evo X ini juga dilengkapi dengan sistem Super All Wheel Control (S-AWC) yang sofistikated pada masa itu untuk menaikkan tahap cengkaman di atas jalan.

Kalau anda nak tahu, pegawai PDRM yang ditugaskan untuk memandu Helang ini telah menjalani latihan pemanduan khas selama tiga minggu sebelum mereka dibenarkan untuk memandunya.

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia! 02

Pada hujung minggu lepas, sebanyak 321,390 vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Malaysia dari Singapura berikutan keberangkatan awalnya dari Puurs, Belgium.

Menurut News Straits Times, pengedaran vaksin akan dikendalikan oleh DHL Express. Syarikat ini adalah ejen yang dilantik untuk pengedaran global vaksin Pfizer-BioNTech.

Mitsubishi Lancer Evolution X Helang Lebuhraya Polis mengiring vaksin Covid-19 di Malaysia! 03

Program vaksinasi Covid-19 di Malaysia akan bermula pada hari Rabu, 24 Februari 2021. Lebih banyak dos vaksin Pfizer-BioNTech akan tiba pada 25 Februari manakala vaksin Sinovac Biotech dari China dijangkakan tiba pada 27 Februari 2021.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda